SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Jemaah Lari Pergi Masjid Lain Kerana Budak Budak Bising ?

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Saya dimaklumkan oleh jemaah sebuah masjid, yang mana masjid mereka sejak 2@3 hari ni berbalah sesama jemaah, isu anak² yang mengganggu orang solat, sehingga ada jemaah yang lari solat tarawih ke masjid lain..

√>PERBALAHAN DI MASJID
√>ANAK² KECIL BERLARI DALAM SAF HINGGA ADA YANG TERSEPAK KEPALA MAKMUM SEDANG SUJUD DALAM SOLAT (PENGAKUAN SEORANG JEMAAH PAGI TADI)
√> IBU BAPA BUAT TAK PEDULI UNTUK TERTIB DAN ADABKAN ANAK²

#Kata nitizen @ orang awam
“Biar anak berlari dalam masjid, asal anak tak lari daripada masjid”

#Sabda Rasulullah s.a.w :

قال عليه السلام : {جنبوا مساجدكم صبيانكم}، إلى أن قال : {وبيعكم وشراءكم}، قلت : روي من حديث واثلة، وأبي الدرداء، وأبي أمامة، ومعاذ بن جبل

فحديث واثلة : رواه ابن ماجه في “سننه” حدثنا أحمد بن يوسف السلمي ثنا مسلم بن إبراهيم ثنا الحارث بن نبهان ثنا عتبة بن يقظان عن أبي سعيد عن مكحول عن واثلة بن الأسقع أن النبي عليه السلام، قال : {جنبوا مساجدنا صبيانكم، ومجانينكم، وشراءكم، وبيعكم، وخصوماتكم، ورفع أصواتكم، وإقامة حدودكم، وسل سيوفكم، واتخذوا على أبوابها المطاهر، وجمروها في الجمع} انتهى، ورواه الطبراني في “معجمه”، قال الترمذي في “كتابه” : بعد روايته حديث : {لا تظهر الشماتة بأخيك ، فيعافيه الله ويبتليك}، عن مكحول عن واثلة، فذكره، وقال : هذا حديث حسن، وقد سمع مكحول من واثلة، وأنس، وأبي هند الداري، ويقال : إنه لم يسمع من غير هؤلاء الثلاثة من أصحابه انتهى . ذكره في “الزهد”
Mafhumnya :
“Hindari anak² kecil kamu dari masjid² kamu”
(Riwayat Ibnu Majah, At-Tobrani, At-Tirmizi)

@Sebahagian Ulamak Hadis menghukumkan hadis ini pada MARTABAT HASAN.
@Sebahagian Ulamak Hadis Menghukumkan hadis ini pada MARTABAT DHOIF (Lemah)

#Bicara sebahagian ustaz : Banyak hadis sohih tentang Nabi s.a.w bawa cucunya ke masjid dan biarkan cucunya memanjat belakang Baginda ketika Baginda sedang sujud..

ULASAN SAYA :

Semua pihak perlu berperanan :

1. Ibu bapa, sila tertibkan anak² dan ajar mereka adab. Jika sampai anak berlari dan sepak kepala jemaah yang sedang sujud dalam solat.. bagi saya ini sudah melampau..

Ketika kalian tidak mampu adabkan anak kalian, maka ketika itulah perlunya hadis yang Nabi s.a.w melarang bawa anak ke masjid @ surau

2. Jika kalian mampu adab dan disiplinkan anak, maka silakan bawa anak².. jangan semata² membaca satu dua hadis tentang cucu² Nabi s.a.w, tapi dalam masa yang sama kalian turut berdosa di saat kalian menjadi bahan umpatan ahli jemaah yang terganggu untuk beribadat..

INGATLAH.. CUCU² NABI S.A.W PERANGAINYA BUKAN MACAM CUCU² KITA HARI NI.. 😊

DAN.. KENAPA TIDAK BAWA HADIS² SOHIH YANG LAIN TENTANG NABI S.A.W MEMERINTAHKAN SAHABAT UNTUK MENYUSUN SAF ANAK² SECARA TERTIB & DISIPLIN..

3. Bagi nitizen @ orang ramai, jangan terlalu memandang mudah hanya dengan pepatah baru “biar anak lari dalam masjid, asalkan anak tak lari dari masjid”.. dalam masa yang sama KITA GAGAL mendidik mereka untuk membezakan antara padang permainan dengan rumah Allah..

Tamu datang rumah kita pun, kita ajar adab pada anak² dengan tamu.. inikan pula rumah Allah..

Jika ikhlas nak didik anak, didiklah mereka dari rumah tentang adab dan disiplin hingga mereka tahu belajar MENGHORMATI RUMAH ALLAH..

4. Kita nak buang ke mana hadis sohih ini

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah (bersih), maka ibu bapanyalah yang mencorakkan kehidupan anaknya, samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi
[Muttafaqun Alaih]

Teman.. Ingatlah.. Rasulullah s.a.w menyalahkan ibu bapa 100% di saat kita gagal menyarungkan pakaian agama di jiwa anak² kita, dengan disiplin dan adab..

#Diam_Tenang_Senyum

~ Drpd FB Ustaz Muhammad James : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1673181232825922&id=100004021845081

Leave a Reply

Open chat