SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Jasa Cikgu SKBA Kepada Negara Sempena Hari Guru

Jasa Cikgu SKBA Kepada Negara Sempena Hari Guru

#SELAMATHARIGURU2019

Dalam salah satu catatan FB Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik, beliau memuji pengorbanan Cikgu Mohd Zakuan dari Sekolah Menengah Agama Chenor yang walaupun dalam keadaan sakit telah berusaha juga membuat sesi pembelajaran untuk anak didiknya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun lepas. [1] 😲😲

Usaha guru seperti ini bukannya untuk mengharapkan pujian. Mereka ikhlas untuk melihat anak didik berjaya. Pihak PIBG SK Bandar Anggerik juga amat mengagumi pengorbanan dan kesetiaan guru-guru di SK Bandar Anggerik yang begitu komited di dalam memberikan perkhidmatan yang jauh lebih luas daripada skop tugasan mereka. Sebagai contoh, Cikgu Astura Abu Bakar Mas yang sudah lebih dari 15 tahun berkhidmat di SKBA dimana beliau berjaya melahirkan pemenang Anugerah NILAM Selangor pada tahun 2017 iaitu adik Nurin Insyirah binti Saiful Rizal. [2] Cikgu Astura juga berjaya menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah sehingga meraih tempat yang ke-3 Pusat Sumber Kebangsaan pada tahun 2015. [3] Pada tahun 2018 pula, Pusat Sumber Sekolah telah diberikan pengiktirafan dari badan antarabangsa iaitu IFLA – International Federation of Library Associations and Institutions dengan menjadi tuan rumah kepada delegasi antarabangsa untuk mereka melawat Pusat Sumber SKBA. Ini meletakkan Pusat Sumber SKBA setaraf dengan perpustakaan institut pengajian tinggi di Malaysia. 👍👍

Di dalam bidang sukan sekolah pula, Ustaz Omar Nasir merupakan salah seorang jurulatih bola sepak yang SKBA dimana beliau telah lebih dari 15 tahun berkhidmat. Ketegasan beliau di dalam melatih pemain samada ada pemain peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan menjadikan beliau salah seorang jurulatih yang begitu disegani dan dihormati samada pemain di bawah bimbingan beliau dan juga pemain pihak lawan. Penglibatan beliau di dalam pasukan NFDP Malaysia – PPBN menjadikan beliau salah satu aset penting bukan sahaja untuk SKBA tetapi juga negara. Pada tahun ini juga, pasukan SKBA begitu hampir menjadi Johan Bola Sepak peringkat daerah Petaling Perdana dan pencapaian seperti ini hanya akan dicapai dengan pengorbanan yang disumbangkan oleh Ustaz Nasir selaku jurulatih bola sepak sekolah selain daripada pemain dan juga pentadbir sekolah.👏👏

Sumbangan dan yang lebih penting adalah kesetiaan mereka ini kepada SKBA, khususnya dan pendidikan negara, amnya amat mengagumkan kita semua. Pihak PIBG SK Bandar Anggerik amat berterima kasih dan amat menghargai jasa dan pengorbanan bukan sekadar kepada 2 guru yang disebutkan di atas tetapi juga kepada semua guru-guru di SKBA. Kami berharap anak-anak zaman kini terutamanya di SKBA sedar bahawa guru sewajarnya menjadi adiwira mereka, bukannya artis atau sesiapa sahaja yang tiada keinginan sebenar untuk melihat mereka berjaya.🙂🙂

“GURU SEMEMANGNYA ADIWIRA YANG SEBENAR”

#pibgdansekolahberpisahtiada #sehatisejiwa #familyofskba #muafakatbawaberkat

Sumber:
[1] Johari Yap (2019). Sanjungi guru, adiwira sebenar kita. Retrieved 23 April 2019 from https://www.sinarharian.com.my/article/24887/KOLUMNIS/Sanjungi-guru-adiwira-sebenar-kita
[2] Noor Fazidah Umar (2017). Barisan Tokoh NILAM Selangor 2017 bukan calang-calang orangnya. Retrieved from https://www.gpsbestari.com/berita/barisan-tokoh-nilam-selangor-2017-bukan-calang-calang-orangnya-1.721090
[3] Saharom Abd Aziz (2016). Pusat Sumber SK Bandar Anggerik Raih Tempat Ke-3 Pusat Sumber Kebangsaan 2015. Retrieved 8 Ogos 2016 from https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/pusat-sumber-sk-bandar-anggerik-raih-tempat-ke-3-pusat-sumber-kebangsaan-2015-1.549965

Leave a Reply