SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Jalan Keluar Dalam Hartanah

Jalan Keluar Dalam Hartanah

JALAN KELUAR
.
Dalam ramai-ramai sifu/guru pelaburan hartanah saya, hampir kesemuanya pernah menyebut tentang pentingnya ada JALAN KELUAR dahulu sebelum apa-apa pelaburan dibuat. Bukan sahaja hartanah, apa-apa pelaburan pun begitu.
.
Salah satu sifu ni lagi konservatif (baca sebagai Prudent), dia kata pastikan bukan 1 atau 2, tapi ADA 3 jalan keluar (boleh dijual, sewa dan duduk sendiri).
.
🏘 Jika harga median kawasan yang dilabur adalah rendah dari harga hartanah yang bakal dibeli, fikirkan semula tentang niat membeli jika ‘exit strategy’ adalah jual semula / FLIP.
.
🏘 Jika kadar sewaan hartanah yang sama jenis di dalam kawasan yang sama adalah rendah dari kos bulanan (instalment pembiayaan, yuran penyelenggaraan, dll) sehingga memerlukan kita mengeluarkan duit poket sendiri yang tidak mampu ditanggung setiap bulan, permintaan jenis rumah yang bakal dibeli sangat rendah atau penawaran sangat tinggi sehingga menyebabkan kesukaran mendapatkan penyewa dan perang harga, fikirkan semula jika ‘exit strategy’nya adalah PENYEWAAN.
.
🏘 Jika lokasi, saiz dan jenis rumah, kejiranan, dll bagi hartanah yang bakal dibeli tidak menepati keperluan atau citarasa untuk kita duduki, fikirkan semula sama ada sanggup untuk DUDUK SENDIRI jika gagal mendapatkan pembeli atau penyewa.
.
Jalan masuk kita adalah jalan keluar orang lain. Jalan masuknya mudah serta dipermudahkan, pastikan juga ada jalan keluar sebelum membeli.
.
Fikir dan buat ANALISA SENDIRI sebelum beli. Jangan sampai nanti kena simpan biawak di dalam almari πŸ˜‰
.
Salam Jumaat semua.
.
#StayHungryStayFoolish
#BuatDueDiligenceSendiri

Leave a Reply

Open chat