:: JALAN-JALAN CARI MAKAN IPOH, PERAK Part 1 ::

JJCM Ipoh, Perak
Tempat makan menarik di Ipoh
Kenapa Ipoh?
Sebab kami tak pernah pergi Ipoh ?. Ok gurau ?
Ramai yang duk cakap Ipoh ni best. So, kami terpengaruh ?. Akhirnya, apa jawapan kami? Definitely yes! Tempatnya bersih, cantik & tersusun. Jalan pun luas (kecuali bandar). Selain ushar sini sana, boleh cuba pelbagai jenis makanan ‘signature’ & tengok uniknya bangunan kedai lama di tengah bandar. Nostalgia habis!
Kami stay di Impiana Hotel Ipoh. Sebab? Nak dekat dengan bandar & ada kolam untuk anak-anak. Hotel ok, selesa & berbaloi. Boleh tempah atas talian untuk potongan harga. Oh ya, kami tak ambil pakej sarapan sebab dah namanya trip jalan-jalan-cari-makan,kan! Jimat sikit duit untuk bajet hotel ?. Kat bandar ada banyak lagi hotel/hotel bajet/hostel. Hotel ala-ala hipster pun banyak. Sesuai untuk backpackers.
Antara tempat yang kami singgah:
•Sarapan
✔️Roti Goyang & Mee Kicap 
✔️Medan Gopeng
* Jangan tanya kenapa tak cuba Restoren New Hollywood & Nasi Vaggey Greenwood ?
•Lunch
✔️Ipoh Hainan Chicken Rice
✔️Nasi kenduri kat Kampar ☺️
•Minum petang
✔️Laksa Padang Polo
✔️Laksa Telur Bersarang
✔️Kelapa Leleh Kampor
•Dinner
✔️Konda Kondi Cafe & Bistro
•Jalan-jalan
✔️Padang Polo
✔️Old Town Street Art
✔️Time Tunnel 
✔️Gerbang Malam
✔️Pasar Loken
psiloveyou:
Lebih info pada setiap gambar ❤️
Impiana Hotel ?
http://ipohhotels.impiana.com.my
Biarlah gambar berbicara ?

Ini gambar front view kedai pelopor nasi ayam Hainan halal di Ipoh. Pergi awal

tau! Lunch time memang ramai orang ?

Set nasi ayam Hainan. Kami pilih roasted & steamed chicken. Jangan lupa cuba air amra asam boi & kailan ikan masin tau!

Laksa Penang Padang Polo. Memang sedap. Dahlah harga murah. Actually, Padang Polo ni pusat rekreasi & riadhah. Ramai orang datang jogging & berekreasi. Ada food truck di tepi-tepi yang menjual laksa, cendol, air dan lain-lain. 

Dinner boleh cuba di Konda-Kondi Cafe & Bistro. Terletak kat tengah bandar. Memang famous & makanan semua sedap especially Western Food. Boleh park kereta di depan Maybank.

Sempat juga kami ronda-ronda cuci mata di Gerbang Malam. Meriah dan sempoi. Ala-ala uptown atau downtown.

Breakfast dengan Mee Kicap di Dataran Dato Sagor. Suatu kelainan ?

Haaa, inilah dia roti telur goyang yang orang duk sebut-sebut. Juga di Dataran Dato Sagor!

Sempat bergambar sebagai kenangan di depan Dataran Dato Sagor. Pagi benar time ni hehe ?

Ok, setakat ini dulu. Nanti kita sambung JJCM Ipoh part 2 k. Goodnight!
#ipohreview
#jjcmipoh

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: