SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Isteri Yang Solehah Memaafkan Suami

Isteri Yang Solehah Memaafkan Suami

Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya._

_Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami dia, boleh menyebabkan isteri itu samada di terima ke syurga, atau dihumban dalam neraka! Atas perbuatan isterinya itu baik atau buruk._

_Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: “Mahukah ku beritahukan kepada kalian tentang isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga? Iaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika dia menyakiti atau disakiti, dia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau redha kepadaku.”_

_(Hadis Riwayat Al-Nasa’i)_

Leave a Reply

Open chat