SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Inflasi Pencuri Sebenar

Inflasi Pencuri Sebenar

INFLASI PENCURI DALAM DIAM
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kerap kali kita dengar tentang inflasi ni. Dalam pelaburan ada inflasi, dalam perbelanjaan juga ada inflasi. Bahkan dalam kewangan negara juga ada inflasi.

Jom kita selami sikit mende apa inflasi ni sebenarnya.

#ApakahItuInflasi?

📌 Secara umumnya, inflasi ialah kenaikan harga barang atau perkhidmatan.

📌 Ianya berlaku apabila permintaan lebih tinggi daripada penawaran ataupun apabila kos pengeluaran meningkat.
.
.
#DuaFaktorBerlakunyaInflasi

📌 Faktor pertama ialah Tarikan Permintaan

📌 Faktor kedua pula ialah Tolakan Kos.

#TarikanPermintaan

📌 Dalam keadaan ekonomi yang bertumbuh baik, secara tidak langsung produktiviti dan upah akan meningkat.

📌 Pengguna juga akan mula meningkatkan perbelanjaan mereka ketika ekonomi bertumbuh baik.

📌 Masa ekonomi baik ni juga ramai pengguna yang membuat pinjaman untuk beli barangan mewah. Sebab apa? Masa ekonomi stabil dan bertumbuh baik, pengguna akan rasa lebih secure, company lebih stabil, pendapatan juga meningkat dan menjadi penyebab utama pengguna membuat pinjaman untuk berbelanja besar. Di sinilah terhasilnya permintaan tadi tu.

#TolakanKos

📌 Tolakan kos pula berada di sudut yang lain.

📌 Tahun ke tahun kos bekalan meningkat contoh seperti upah, bahan mentah dan sebagainya.

📌 Tak lupa juga semakin lama sumber semakin berkurangan, menjadi penyebab kos sumber asas meningkat.

#AkibatBilaDuaFaktorIniBergabung

📌 Maka terhasil lah inflasi. Sebab itu tugas kerajaan adalah mengawal inflasi.

📌 Kalau inflasi tinggi sehingga menjadi hiperinflasi, bisa jadi seperti Zimbabwe. Bawak duit dalam kereta sorong pun tak da orang nak curi. Maknanya duit itu sudah pun hampir tiada nilai.

📌 Kalau tiada inflasi, makanya hanga barang tidak naik, kos perkhidmatan juga tidak naik dan gaji/upah juga tidak naik!

#MOTS

📌 Sebagai pengguna, ambil tahu serba sedikit tentang inflasi ni.

📌 Jangan lupa cari jalan untuk dapatkan pendapatan tambahan melebihi kadar inflasi negara kita. Sama ada dapat gaji tinggi atau melabur dengan pulangan melebihi kadar inflasi.

📌 Sifar inflasi? Korang rasa macam mana? Boleh ke kita capai?

Note: Betul ke kalau inflasi tahunan 3% dan kita dapat naik gaji 3% bermakna gaji kita tak naik pun sebenarnya? Habis ditelan inflasi? Cer korang komen sikit mende ni.

Untill then,
Happy Understanding Inflation!!
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

#Inflation
#MalaysiaSifarInflasi
#50ringgitpenuhsatutroli

#AmeerulFaisal

Leave a Reply