SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Ilmu Tanpa Adab Ibarat Pohon Tak Berbuah

Ilmu Tanpa Adab Ibarat Pohon Tak Berbuah
InshaAllah hari ini saya kongsikan kenapa penting mengajar anak ADAB dengan al Quran. Ada yang tersalah faham dan risau bila saya tulis jangan ‘galak’ sangat ajar anak cepat baca dan Hafaz al Quran. Tidak salah jika kita punya target nak anak cepat2 baca dan hafaz Al Quran, cuma jangan sampai terlepas pandang perkara yang lebih utama Adab dengan al Quran merupakan ‘essence’ kepada pendidikan ilmu-ilmu yang lain. Mohon baca hingga habis post ini untuk fahamkan maksud ‘essence’ itu. Antara ADAB yang perlu diterapkan dari kecil ialah: 1) Baca Ta’awwuz sebelum mula membaca al Quran iaitu Rata-rata anak yang saya jumpa tidak membaca Ta’ awwuz sebelum mula membaca al Quran,(pengalaman dari kelas hafazan sebelum ni) sedangkan ucapan Ta’ awwuz ini sangat penting seperti dalam Firman Allah: “Maka apabila engkau hendak membaca alQuran, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk (Surah An Nahl:98) Apabila sudah jadi kebiasaan anak tidak mulakan bacaan Al Quran dengan Ta’awwuz, agak sukar untuk sentiasa remind mereka setiap masa bila dah besar nanti Maka ajarkan dari kecil dan ibu bapa sendiri perlu biasakan diri dengan Ta’awwuz sebelum ngaji al Quran. Bacaan Ta’ awwuz ini menunjukkan sisi kita sebagai manusia yang lemah yang sentiasa bergantung dengan Allah untuk belajar suatu ilmu yang baru. 2)Keadaan suci, baju bersih dan menutup aurat. 3)Al Quran diletakkan pada tempat alas yang tinggi. Gunakan Rehal, meja atau bantal walaupun ketika ajar anak baca Iqra supaya mereka membesar dengan menghormati kalam Allah. 4) Diam, perlahankan suara dan khusyuk apabila mendengar bacaan al Quran. “Dan apabila dibacakan al Quran,maka dengarkanlah dan diamlah agar kamu mendapat rahmat” (Surah Al ‘Araf: 204) 5) Sujud Tilawah ketika membaca ayat sejadah. Dari Abu Hurairah r.a dia berkata Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang membaca ayat sajdah lalu dia sujud, maka syaitan menjauhi sambil menangis dan syaitan tersebut berkata, ’Aduh celaka! Manusia diperintahkan sujud lalu dia bersujud, maka dia mendapat syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud lalu aku membangkang maka aku mendapat neraka.” (Hadith Riwayat Muslim No. 81) 6) Membaca Al Quran dengan perlahan dan sesuai dengan kaedah Tajwid Yang ini perlu latihan yang berpanjangan dari awal. Kalau ibu ayah tidak mahir dalam tajwid, carikan guru yang lebih layak. 7) Memilih guru yang LAYAK & TERBAIK Kita boleh ajar anak kita sendiri dirumah, tapi sampai satu tahap anak perlu keluar dan berguru dengan guru yang lebih tinggi ilmunya dari kita. 8) Ajarkan anak menghormati guru al Quran. Anak perlu diajar berhati-hati dengan tutur katanya bila berbicara dengan gurunya dan bersedia ditegur apabila buat silap. Ini antara sebahagian adab dengan al Quran. . . Sekarang kita sampai kepad point KENAPA PENTING AJAR ANAK BERADAB DENGAN AL QURAN? Jika dari usia kecil anak sudah diajar beradab dengan Al Quran, maka anak ini akan gunakan adab yang sama ketika belajar ilmu-ilmu lain. Adab dengan al Quran seharusnya menjadi ‘transferrable skills’ ketika anak belajar ilmu lain seperti sains, Bahasa, math dan lain-lain ilmu. Beradab dengan al Quran ini akan melatih anak untuk berhati-hati dalam bertutur kata mengenai ilmu, sopan, menghormati orang lain dan sentiasa bergantung hanya pada Allah. Lihat penyakit yang banyak menyerang para ilmuwan pada hari ini, ilmu mereka tinggi tapi sangat kurang adab apabila berbicara mengenai perbezaan pendapat.. Hina menghina, keji mengeji ibarat suatu kebiasaan apabila berbeza dalam suatu pendapat dan sentisa merasakan diri berada di pihak yang benar. Ini bukan berlaku dalam bidang agama saja, tapi turut menyerang bidang2 lain seperti medical juga. Maka sangat penting untuk seorang anak kecil itu mempelajari ADAB dengan al Quran, bukan sahaja skill membaca atau Hafaz Al Quran. Kerana ADAB ini akan melatih mereka untuk sentiasa merendah diri dengan ilmu yang diberi Allah. Semoga Allah pilih anak kita menjadi ilmuwan yang BERADAB TINGGI lagi MERENDAH DIRI. Silakan ‘SHARE’ post ini untuk manfaat dan panduan sahabat yang lain diluar sana. dan TAG pasangan anda untuk upgrade cara didikan al Quran kita dirumah. #sitiaminahsulaiman #quranicparenting #kalimahyangbaik

Leave a Reply