SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Hormati Hak Agama Korban Orang Lain

Hormati Hak Agama Korban Orang Lain

Saya ingin menyeru masyarakat untuk saling menghormati tanpa melampaui batasan toleransi yang diamalkan di Msia selama ini.
.
Anda menghormati lembu seperti ibu atau ingin mempertuhankan apa sekalipun, itu adalah hak anda. Anda tidak mahu makan daging lembu, itu hak anda. Kami tak paksa anda makan atau sembelih lembu bersama dengan Muslim pada Aidiladha.
.
Soal isu berkongsi video sembelihan lembu, itu perbincangan lain. Hak masing-masing nak post apa di FB selagi tidak menyalahi undang-undang. Andai ada mana-mana pihak yang pos video dengan caption menghina mana-mana agama, maka saya sebagai Muslim juga tidak akan bersetuju.
.
Anda meminta Muslim menjaga sensitiviti anda yang tidak makan daging lembu kerana anda menganggapnya seperti ibu, bagaimana pula dengan sensitiviti masyarakat lain melihat beratus ribu biji buah kelapa dibuang dan gambar-gambar manusia yang dicucuk sana sini ketika perayaan yang dikongsikan di media sosial? Itu hak anda dan kami tidak pertikai selagi tidak melanggar undang-undang negara.
.
Masing-masing amalkan agama masing-masing dan jangan tak perlu masuk campur urusan agama orang lain & bagaimana mereka mengamalkan agama mereka. Muslim tak pernah masuk campur siapa bagi ajaran di kuil dan bagaimana anda harus beribadah, maka hormati hak Muslim beribadah ikut cara kami bukan cara anda. Jagalah keharmonian negara dan mohon pihak berkuasa ambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan dengan menyentuh hak mana-mana penganut agama mengamalkan agama mereka.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #korban2019 #lembubinatangkorban #kambingbinatangkorban

Leave a Reply