SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Hang Tuah , Pahlawan Melaka Yang Memang Wujud Dalam Buku Sejarah Luar Negara

Hang Tuah , Pahlawan Melaka Yang Memang Wujud Dalam Buku Sejarah Luar Negara

“Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia” – Hang Tuah, Watak Realiti, Pahlawan Agung Kerajaan Melaka

Pagi ini saya menelusuri sejarah Laksamana Hang Tuah. Semakin kuat kefahaman dan kepercayaan saya Hang Tuah adalah watak pahlawan realiti, diakui oleh Hikayat Hang Tuah (Melaka), Diari Alfonso de Albuquerque (Portugis), Suma Oriental (Portugis) dan Rekidai Hoan (Jepun).

Hikayat Hang Tuah ini ditulis sebagai 1 buku yang tidak diketahui siapa penulis asalnya. Ia ditulis sekitar tahun 1700an hingga 1800an. Antara tujuan penulisan ini dipercayai untuk membawakan kisah kerajaan Melaka semasa Hang Tuah menjadi laksamana, berbeza dengan kisah kerajaan Melaka yang ditulis di dalam hikayat Sejarah Melayu, terutamanya yang disunting oleh Tun Sri Lanang.

Banyak kisah di dalam Hikayat Hang Tuah ini, disokong secara ‘tak sengaja’ oleh 3 lagi buku sejarah agung yang ditulis dari 2 benua berbeza, bahkan 1 darinya ditulis pihak lawan kerajaan Melaka iaitu Diari Alfonso de Albuquerque, Suma Oriental dan Rekidai Hoan.

Diari Alfonso ini sebuah buku catatan peribadi yang ditulis sendiri olehnya sepanjang perjalanannya menjadi laksamana Portugis yang berperang dan menakluk wilayah untuk kerajaan Portugis.

Buku Suma Oriental pula adalah buku catatan para pedagang Portugis yang berlayar ke serata dunia untuk berdagang terutamanya pelayaran mereka ke timur, iaitu ke Goa dan Melaka.

Paling menarik, adalah catatan Rekidai Hoan. Ia adalah satu karya agung kerajaan Jepun yang ditulis semasa kerajaan Ryukyu sejak tahun 1400an hingga 1800an. Buku ini adalah catatan perjalanan kerajaan Jepun lama yang ditulis turun termurun selama 444 tahun.

3 buku sejarah yang dipercayai dan diakui autentik atau asli ini ada menceritakan bab perihal kerajaan Melaka dan Laksamana Hang Tuah, seperti atau mirip atau melengkapkan kisah perjalanan Hang Tuah di dalam Hikayat Hang Tuah.

Menarik dapatan hari ini. Alhamdulillah.

Saya akan teruskan membaca, menyelidik dan berjumpa dengan pihak yang autentik berkenaan sejarah bangsa Melayu untuk dapatkan info selengkapnya tentang pahlawan Melayu ini, InsyaAllah.

Apa guna saya buat ini?
Minat yang mendalam.

Leave a Reply

Open chat