SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Hadith Berkaitan Silaturahim Antara Keluarga Kerabat Terdekat

Hadith Berkaitan Silaturahim Antara Keluarga Kerabat Terdekat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelihara Silaturahim Kerabat

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ

Daripada Aisyah RA isteri Nabi SAW, daripada Nabi SAW bersabda: “Ar-Rahim (silaturahim) adalah syijnah (daun pohon yang rendang) barang siapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barang siapa memutuskannya maka akupun akan memutuskannya.” (Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Menjaga hubungan silaturahim antara sesama kerabat (yang ada hubungan nasab) adalah kewajipan setiap orang Muslim.

2. Orang yang menjaga hubungan kekerabatan, Allah akan sentiasa menyambung dan menghubungkannya dengan Allah.

3. Orang yang tidak memelihara hubungan silaturahim, Allah juga akan memutuskan hubungannya dengan Allah

Rasulullah SAW menjelaskan:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga seorang yang memutus (silaturahim).” (Sahih Bukhari No: 5643) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4. Orang yang memutuskan silaturahim, tidak akan masuk syurga. Menjaga hubungan silaturahim adalah wajib pada setiap orang.

5. Orang yang menghubungkan silaturahim akan dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim. (Sahih Bukhari No: 5639) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Marilah kita menjaga hubungan silaturahim dengan saudara-mara kita. Ambil kesempatan pada bulan Syawal ini untuk berziarah, dan menjadikannya pengikat dan pengerat hubungan sesama kerabat.

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

18hb Jun 2019
14hb Syawal 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Leave a Reply

Open chat