SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Hadis Berkaitan Orang Pelik Akhir Zaman

Hadis Berkaitan Orang Pelik Akhir Zaman

[ Orang-orang Pelik ]

هذا الحديث صحيح رواه مسلم في صحيحه، جاء عن أبي هريرة  عن النبي ﷺ أنه قال: بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء فهو حديث صحيح ثابت عن رسول الله عليه الصلاة والسلام، زاد جماعة من أئمة الحديث في رواية أخرى: قيل: يا رسول الله! من الغرباء؟ قال: الذين يصلحون إذا فسد الناس، وفي اللفظ الآخر: يصلحون ما أفسد الناس من سنتي، وفي لفظ آخر: هم النزاع من القبائل، وفي لفظ آخر:هم أناس صالحون قليل في أناس سوء كثير.

Hadis ini merupakan hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Kitab Shahihnya, daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sesungguhnya baginda bersabda, “Telah bermula Islam itu dalam keadaan pelik (baca: asing) dan akan kembali (berakhir) dalam keadaan pelik sepertimana ia bermula, maka bergembiralah orang-orang yang pelik itu.”

Beberapa imam-imam hadis telah menambah pada riwayat-riwayat yang lain,

“Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang-orang pelik itu?” Baginda berkata, “Mereka yang terus memperbaiki (keadaan) ketika manusia telah rosak.”

Dan dalam lafaz yang lain, “Memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh manusia daripada sunnah (amal dan perkataan)-ku.”

Dan dalam lafaz yang lain, “Mereka ini yang berselisih (baca: konflik/kontroversi) dengan kaumnya.”

Dan dalam lafaz yang lain, “Mereka manusia-manusia yang soleh yang sedikit di antara manusia-manusia buruk yang banyak.”

Photo from Kata nasihat agama dan syair: https://t.me/katanasihatagamadansyair/28484

Leave a Reply