GRATITUDE KESYUKURAN. DOA UMMU SALAMAH APABILA DILANDA KESEDIHAN

GRATITUDE KESYUKURAN. DOA UMMU SALAMAH APABILA DILANDA KESEDIHAN
Day 1
#Darliya30DaysOfGratitude
Hari ketiga dalam fasa berpantang keguguran, Liya berada dalam situasi jatuh terduduk. Hampir-hampir kemurungan. Jadi orang tak betul. Seriously!
Apa jadi? Selama ni tak berapa nak faham situasi gini. Syukur Allah bagi ruang untuk merasa. Ambik kau, rebah terus. Nak  bangun pun payah. Jadi tak betul bila semua perasaan datang dan pergi. Kejap ok kejap tak ok. Dia jadi macam ada rasa tersekat, ada rasa sedih, ada rasa buntu. Serba tak kena. Then? Orang sekeliling jadi mangsa. Crucial oh. Pantang tak kena sikit, terhambur terus rasa marah, tercetus habis rasa tak puas hati. Secara tiba-tiba! Pelik sungguh.
Sebenarnya, semua yang tadi tu tak minta pun nak jadi. Tiba-tiba je datang. Jika fikir logik, memang tak logik. Kan tak logik nak marah tanpa sebab, setuju? Kan tak patut nak sensitif tak bertempat. Esh esh esh. Saru sungguh!
Petang tu, Liya hubungi seorang sahabat. Panjang conversations. Cerita, mengadu dan meluah. Macam bertubi-tubi keluar semuanya. Kalau machine gun tu sampai habis peluru, lah ?. Beliau kat sana, tenang beri telinga mendengar. Fuhh sebaik ?.
“ Dah habis?”
“ Iya. Buat masa ni.. ?,”
…….
…….
Kemudian, beliau kongsikan doa Ummu Salamah. Doa yang Nabi Muhammad berikan saat Ummu Salamah sedih teramat sangat tatkla ditimpa musibah kematian suami yang amat dicintai.
“ Liya, amalkan doa ini,”
“ Allah pasti gantikan dengan lebih baik. Musibah datang daripada Allah. Kita redha dan kembalikan kepada pengetahuan Allah.”
“Tapi…!” Ada lagi tapi tu. ?
“ Allah atur, kan?”
“ Yakin tak benda ni dari Allah??”
Pang! Tertampar kat muka macam kena sepak kuat-kuat! Mengucap panjang kita. Dan dan tu jugak air mata gugur tak tertahan. Pecah sudah kolam empangan ?.
Astagfirullah. Astagfirullah al azim. Ampun, Ya Rabb ???
Bersama derai air mata, Liya panjat 1000 syukur pada Allah. Allah datangkan seorang insan untuk beri sedar. Asbab si dia ada jalan untuk buka pintu yang terkunci rapat dek terlalu melayan emosi. Membiarkan lintasan-lintasan hati yang tak betul hingga jauh tersasar.
“ Liya, awak kena bertenang.!”
“ Sabar dan solat,”
“ Belum boleh solat!” ?
“ Esh budak niiiiii!” ?
Conversation berakhir dengan senyum. Tenang dan bahagia.
Terima kasih Kak El, Laila Mukhtar
Sayang kerana Allah ❤️
#DarliyaReborn
#DoaUmmuSalamah

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: