GRATITUDE KESYUKURAN. Ayah Orang Paling Percaya Saat Orang Lain Tak Percaya Kemampuan Kita.

GRATITUDE KESYUKURAN. Ayah Orang Paling Percaya Saat Orang Lain Tak Percaya Kemampuan Kita.

Day 4

#30DaysOfGratitude

Masa sekolah rendah, kami adik beradik naik basikal pergi sekolah. Jauh juga. Gigih kayuh basikal beramai-ramai pepagi buta dengan sepupu dan jiran. Masetu,kak long bawak kat belakang. Pastu kak long dah naik sekolah menengah, kena belajar bawak basikal sendiri.

Masa nak belajar naik basikal (basikal besar), aku paling lambat pandai Kak cik bawah aku pun pandai dulu. Dah berlatih hari-hari pun tak pandai lagi. Haha, teruk betul! Mana tak kena kutu kena ejek ngan kak long & kak cik. Dahla kutuk, tak nak ajar pulak tu. Kuang asam ?.

Satu petang, aku tekad nak pandai naik basikal hari tu jugak. Masatu ayoh ngan mok duk tengah sawah menyulat anak padi. Ada jalan tengah-tengah tanah bendang tu. Belaj kiri ada parit besar. Kat situla tenpat hari-hari prektis naik basikal. Hari tu, dari jauh ayoh laung, “Hor gohit gi lah. Pege henda mmolek, tengok depey, gohit dderah!”.

Dari tengah sawah ayoh laung kuat-kuat bila tengok aku terkial-kial nak bawak basikal. Aku pun apa lagi, pegang handle kemas-kemas, lompat naik pelana, agak-agak badan dah balance, ku kayuh laju-laju. Allahu tak jatuh wey. Tak jatuh!

Aku tengok ayoh lambai. “Hor kuat lagi. Kuat lagi,”. Ayoh bagi semangat. Dari jauh aku nampak ayoh senyum. Bangga betul rasanya.

Sepetang tu jugak aku duk atas basikal tak turun-turun. Gohit dan gohit sampai ayoh ajak balik. Budak kemaruk baru pandai basikal katanya. Kah kah ?.

Sejak dari hari tu, pandai dah naik basikal. Lulus dah nak pergi sekolah gohit basikal sendiri. Best betul rasanya.

Thanks ayoh. Kak ngoh ingat sapa loni. Ingat satu-satu momen tu. Macam dengar-dengar lagi suara ayoh. Saat orang lain tak percaya, ayoh orang paling percaya kat kakngoh. Percaya yang bukan calang-calang percaya. Allah nangis ???.

Takleh lupa. Takleh lupa moment tu. Sampai sekarang. Tiap kali lalu jalan tu, pasti terimbau. The most memory in life that I most grateful for. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

psiloveyou:

Ayoh takde ehbi. Tapi kesyukuran ni sampai kat ayoh berdesup laju. Itulah hukum cakerawala. Semuanya ada energy. Ada vibration.

ps:

Gambar basikal takde. Ni gambar motor ayoh su. Ada kat rumah ni. Motor lejen. Honda lampu bulat ❤️

#DarliyaReborn

#KasihAyahBawaKeSyurga

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: