GRATITUDE KESYUKURAN. APA NAK BUAT BILA KEGUGURAN Part 1

GRATITUDE KESYUKURAN. APA NAK BUAT BILA KEGUGURAN Part 1

Day 8

#30DaysOfGratitute

What lesson in life are you most grateful for?

Dalam mencari kekuatan untuk bangkit dan membangunkan diri, Allah takdirkan Liya belajar dalam #circlepositiveumi. Alhamdulillah Allah Ya Kareem. Dalam circle n banyak asbab memberi penyembuhan jiwa. Dan ada satu bab yang paling menyentuh hati iaitu bila masuk bab tawakkal, pasrah dan redha.

Sharing ni tepat kena ke hati. Seperti anak panah terus menuju sasaran. Menusuk ke kalbu. Kenapa? Liya baru sahaja experience bab redha. The real experience. Allahu suratan atau kebetulan?

Jumaat, 27 September 2019, Liya alami keguguran. Kali pertama dalam hidup. Terima kasih Allah beri pengalaman ini. Amzingnya ada kisah yang boleh Liya kongsi. Ia berkaitan dengan redha.

Coach kongsi, redha ni tak mudah sebenarnya. Kita kena belajar, kena faham ilmu redha then baru kita mudah untuk redha. Tapi tak mustahil. Ok gini, redha ni penerimaan tanpa persoalan. Kita akan rasai nikmat redha bila mana kita terima segala ketentuan Allah tanpa persoalkan kenapa Allah buat macam tu. Kenapa jadi gini. Semuanya kita serah bulat-bulat kepada pengetahuan Allah. No question!

Malam tu mula jam 9.00 malam, Liya rasa lain macam. Pinggang sakit, belakang sakit. Perut memulas- mulas. Liya tak boleh tidur. Tapi duk pujuk hati tak ada apa-apa ni. Ok je ni. Harapan masih 50-50. Yakin dan tak yakin. Rasa masih sayang masih mengharap janin boleh survive. Pastu cakap, em ini symptom biasa je ni untuk early pregnancy. Pujuk hati pujuk jiwa sendiri. Betul-betul hantar positive thoughts yang semuanya ok saja. ?

Satu malam Liya tak dapat tidur, ulang alik tandas (bleeding heavily), menonggeng, berjalan sana sini. tak duduk diam. Beberapa kali dah pegang botol Alfalfa Complex. Nak telan & tak nak telan. Berbelah bagi.

Dan tengah menahan sakit tu, Liya macam dengar suara cakap, “Awak kena redha. Kena lepaskan dia,” ?. Papp! Macam tersentak. Tak fikir panjang, Liya terus telan 11 biji alfalfa. Liya gosok perut dan cakap, “Mami lepaskan awak. Mami redha jika ini sahaja masa yang Allah berikan untuk kita bersama. Awak keluarlah. Keluar baik-baik. Mami lepaskan awak dengan sepenuh hati,”. Allah Allah Allah ?

Liya terlelap then tersedar balik 4.00 pagi bila rasa ada benda ‘turun’. Dan itulah dia. Sikit pun tak rasa sakit, cramp semua dah hilang. Yang ada hanya perasaan lega & redha seredha-redha nya. Liya tenung arwah ‘janin’ tu. Gosok lembut-lembut dan cakap ngan dia. Sedih gilos moment ni. Allahu ?.

“Esok kita ke hospital ye, nak. Then mami uruskan awak selayaknya-layaknya awak,”

Cuci, bungkus & simpan dalam peti ais. Esok nak kena tunjuk kat gynae.

So, the key is redha. Bila redha, automatik datang tawakkal dan taqwa. Semuanya Allah punya.

Terima kasih pengalaman.

Terima kasih lesson.

Pesan Coach Umi, Naimah Mukhtar

Wanita Sembuh Emosi,

Bangkit Beri Inspirasi!

psiloveyou:

Gambar tu masa kena bed rest 2jam lepas cucuk prostin. Prosedur untuk kecutkan rahim & keluarkan saki baki darah.

Kisah penuh beserta gambar-gambar penting dalam next entry ya. Stay tune! ❤️

#DarliyaReborn

#WhatToDoWhenMiscarriage

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: