GRATITUDE KESYUKURAN. ALAT NI WAJIB ADA KAT SETIAP RUMAH?

GRATITUDE KESYUKURAN. ALAT NI WAJIB ADA KAT SETIAP RUMAH?

Day 5

#30DaysOfGratitude

What item in your home are you most grateful.

Emm emm jawapannya ialah seterika baju. Iron! Hehe. Banyak nih jasa iron ni. Berap ribu baju dah dia iron. Haha banyak sangat tu ?. Dann paling bersyukur, bapak pun naik syok menggosok baju sendiri. Kadang kita pulak selit baju kita suh dia gosok. Thank you bapak ?.

Kat rumah ni biasanya iron baju pagi sebelum pergi kerja. Sebenarnya orang kata elok iron baju banyk-banyak sekaligus, kan? Jimat elektrik. Hehe. Kenapa kami iron pagi? Hehe saja ja laa nak bagi otak wired sebanyak mungkin pagi-pagi tu ☺️

Tang iron tu memang bersyukur sangat. Tapi ada lagi satu benda yang buat lagi bersyukur. Ilmu ni tuan guru yang ajar dan sangat powerful. Ape tu? Iron baju anak sambil transfer kasih sayang. Haaa ilmu mahal ni.

Camne? Masa iron baju anak, hantar love vibration banyak-banyak. Tapi guna heart vibration bukan brain vibration tau. Sebut nama penuh anak, hantar perasaan kasih sayang, doakan dia semoga bila dia pakai baju ni dia jadi anak yang baik, dengar cakap cikgu, sharing dengan kawan-kawan, be nice ngan kawan & dia syukur ada baju yang sempurna. Dan apa-apa saja lah benda yang kita nak anak kita dapat.

Sampai? Yes definately. Sebab semua benda dalam dunia ni ada vibration sendiri. Benda pegun tu sebenarnya pun ada atom-atom yang bergetar dengan kuat sampai kita tak nampak dengan mata kasar pun getaran tu. Yang kita nampak dia statik dia pegun. So sebenarnya apa sahaja yang kita buat atau cakap pada benda tu, ‘dia’ pun dapat rasa vibration tu. Sebab dia pun ada vibration.

Bila cakap hal ni, Liya teringat seorang kawan pesan, kalau nak beli kereta baru, jangan cakap masa duk dalam kereta lama. Nanti dia merajuk, terus rosak. Haha. Mase tu gelak je sebab belum faham sains & teknologinya tentang vibration ni. Bila dah faham, dengan pokok pun cakap. Saya siram kamu ni, kamu pasti hidup subur berbuah ranum. Dan benda tu jadi! ?

So jom kita cakap dengan semua benda. Eh! ?

Daliya Mat Dari

Be happy & grateful ❤️

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: