SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Fokus Satu Bisnes Sampai Jadi Jutawan

Fokus Satu Bisnes Sampai Jadi Jutawan

“NAK FOKUS SATU BISNES JE KE ATAU JUAL MACAM-MACAM PRODUK?”

Kak fana ada dapat soalan ni daripada seorang hamba Allah.

Kak fana start berniaga online dari tahun 2010. So pengalaman lebih kurang 9 tahun dah.

Nasihat ikhlas Kak Fana, fokus la pada satu bisnes saja dulu sampai betul-betul berjaya & hit sales RM1 juta ringgit sebulan. Barula boleh fikir nak kembangkan bisnes dan income.

Kak Fana yang dah buat sales RM2 juta sebulan pun masih belum terfikir nak on bisnes lain sebab tahu diri ni belum cukup “mampu” dari segi ilmu, masa dan tenaga.

Kalau bercakap soal modal, kami lebih dari mampu kalau nak on bisnes kedua. Tak ada masalah pun.

Memang kita tengok ramai jutawan sekarang ni buat bisnes macam-macam. Contohnya Dato Aliff Syukri, Dato Vida dll.

Tapi kita terlupa jutawan yang ada dibawah sinar lampu glamour sekarang ni pun bermula dengan hanya satu perniagaan saja suatu ketika dulu. Bila dah berjaya dan income juta-juta, barulah diorang mempelbagaikan perniagaan.

Tapi kita awal-awal lagi dah menggeletis. Melompat sana melompat sini. Tak ada sifat setia hanya pada satu bisnes.

Nasihat Kak Fana, janganlah terlampau excited nak buat macam-macam bisnes dalam satu masa. Istikharah. Pilih satu bisnes sahaja yang kita betul-betul yakin, fokus dan bina dengan sabar sampai berjaya.

Satu bisnes pun dah blur katak nak buat marketing. Perkara basic marketing pun kita belum hadam. Lagi nak buat 2-3 bisnes😅😂?

Jangan tamak. Orang tamak ni kan akhirnya pasti akan rugi😊

Leave a Reply