SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Fokus Pada E Sukan , Bukan Awek Kebaya

Fokus Pada E Sukan , Bukan Awek Kebaya

1. Rasanya rata-rata kita sudah membaca perihal Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq digossipkan dengan seorang wanita berkebaya peach, Cleopatra.

2. Kecewanya aku dengan hal tersebut. Sepatutnya, perkara yang patut dihighlightkan bukanlah hal perempuan berkebaya itu, tapi intipati perbincangan mereka, bidang e-sukan, bidang yang sekian lama kami dan beberapa anak muda lain terjun dan baru kini mendapat tempat di mata kerajaan.

3. Di negara kita, ramai atlit-atlit, streamer, pengurus acara, usahawan-usahawan di kalangan belia terutamanya, mula berkecimpung di dalam arena e-sukan. Walaupun mulanya kerdil, tetapi punya hati gergasi.

4. Manfaat yang diperolehi melalui e-sukan adalah tidak terbatas. Dulu, aku sering melihat anak-anak muda tidak bersosial, pemalu, dan tidak berkeyakinan dalam bergaul. Tetapi lihatlah sekarang.

Kini, kita punya Todak, Axis Esports, Orange Esports dan lain-lain yang sudah pun mengharumkan nama negara dan menjadi pencabar kompetitif nusantara dalam arena e-sukan.

5. Dalam Belanjawan yang lepas, RM20j telah diperuntukkan untuk tahun 2020 bagi bidang e-sukan, fuh, peningkatan 100% berbanding tahun 2019. Cuba kau bayangkan, berapa juta anak-anak muda yang akan dapat manfaat dari peruntukan ini.

6. Pada tahun 2018, Industri e-sukan dunia, dianggarkan bernilai $138 billion. Dan, rata-rata pemain e-sukan berkelas dunia, memperolehi pendapatan $6 juta setahun.

Adakah kita masih belum nampak dan sedar, betapa besarnya potensi industri ini?

7. Kita punya anak-anak kampung yang tak kurang hebatnya. Cuba lah jenguk apa yang terjadi di luar bandar. Tahukah anda, ada di antara pemain e-sukan yang aku jumpa umurnya 14 tahun, tapi boleh collect RM 1,000 seminggu melalui tournament di kawasan luar bandar?

8. Tidakkah kita mahu, seorang lagi Kyle “Bugha” Giersdorf dilahirkan dikalangan anak-anak kita?
Trivia: Kyle Giersdorf adalah seorang remaja yang menjadi Juara Dunia Fornite. Dia memenanginya pada 28 Julai 2019 di New York. Nak tahu berapa hadiah yang dia menang? $3 juta ya. USD tau. Fornite adalah Video Game Online antara terpopular di dunia. Mungkin game ini selalu dimainkan oleh anak anda.

9. Dan dalam semua hal, semua benda baik yang ada, semua ruang dan peluang yang kita sama-sama boleh terokai,

kita memilih untuk bicara soal menteri dengan awek kebaya yang berjalan meliuk-meliuk itu?

10. Bro Syed Saddiq, kami sentiasa di belakang anda, menyokong setiap langkah yang bro buat untuk industri e-sukan tanah air. Persetankan segala gossip mossip ini. Jalan terus!

Come on Malaysia. We can be better than this.

Leave a Reply

Open chat