:: ESP (Energy Soy Protein) Shaklee ::

Assalam dan selamat semuanya. Haiii!! Kali ini entry nak cerita tentang.. tentang.. Ahh sila bacala yea. Peace! Hehehe..
ESP (Energy Soy Protein) Shaklee.
Liya memang sangat beri cadangan untuk sesiapa yang berkemampuan, berkeperluan
dan mementingkan kesihatan untuk mencuba ESP Shaklee ni. Berkeperluan disini
maksudnya siapa yang mengetahui keperluan diri untuk perlu mengambil protein
berasaskan soya (seperti; ibu mengandung, berpantang & menyusu, masalah
kesuburan, orang tua, masalah diabetes, pengamal diet sihat).
Seperti yang semua sedia maklum,
25% daripada tubuh manusia dibina daripada protein. Contohnya pembinaan tisu
kuku, kulit dan otot-otot seluruh badan. Struktur badan kita terdiri daripada
SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan
membentuk organ dan akhirnya organ-organ ini membentuk sistem.  Jadi, alirannya adalah SEL—TISU—ORGAN—SISTEM.
Makanya, badan kita sebenarnya SANGAT memerlukan protein. Ini kerana, PROTEIN
adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat
menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Wah, macam pensyarah tak Liya
bagi syarahan. Anak-anak didik semua, faham? Hahaha..
Liya mula ambil ESP Shaklee
selepas sangat tertarik dengan produk ini, pertama kali diperkenalkan oleh
seorang kawan. Awalnya, kawan Liya memberi tester untuk dicuba. Selepas
mencuba, Liya rasa kenyang dan perut jadi lebih kemas—bahasa kampung Liya..
hehehe.. (masa tu cuba time breakfast). Biasanya pagi-pagi tak lalu nak ambil
makanan berat, jadi kurang ambil sarapan pagi (oh, sangat tidak disarankan yea—sarapan
sangat penting). Bila minum ESP, tekak boleh terima sebab rasanya sedap. Paling
utama, rasa kenyang dan bertenaga. Bila Liya buat pembacaan, rupanya ESP
Shaklee ni dihasilkan daripada kacang soya yang hanya mengandungi ‘non-GMO’ (non-Genetically Modified Organism) yang
mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Sebab utama menjadikan perut
kenyang dan lebih kemas adalah kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) yang
rendah iaitu 39. 
Makanya, ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis juga..
Waaa..
Lagi, satu hidangan ESP Shaklee
bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
rendah lemak, tiada kolestrol, dan tiada asid urik (sesuai untuk pesakit gout).
ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9
asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manuasia, diperkaya
dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Waaa, menarik bukan! Biasanya
Liya ambil 2 sudu besar pada setiap pagi sebelum sarapan—boleh bancuh dengan
susu, Meal Shakes dan Performance Drink atau  minuman lain kecuali minuman berkafein.
MANFAAT UTAMA1) Awet muda—asid amino
penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.
Pengambilan yabg kerap adalah kunci kepada awet muda– 2)Baik untuk hormon—kacang
soya kaya dengan isoflavones fungsinya
sama dengan hormon wanita), bantu rendahkan paras kolestrol, cegah risiko osteoporosis
dan sakit jantung—3)Pembekal tenaga—bekal tengaga dengan segera dan
meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan—4)Baik untuk
prostat
Genestein yang terkandung
dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel
kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukar sel DNA
kepada sel kanser. Baik juga untuk pemulihan uterus, ovari, monopaus dan
pembesaran prostat.

Ok, dah selesai Liya membobel.
Bobel berilmu orang kata. Semoga ada yang bermanfaat. Mari sambung buat assignment.
Mak aihh, nak habis semester, makin banyak rasanya assignment. Katanya, orang
last minute, gini la gayanya. Jangan tiru ya! Tak baik untuk kesihatan. Ngeee.
Mak sibuk dengan kerja dan keluarga, nak. Aik, updates blog ada masa pulak. Esh
esh esh. Hehhe. Babai. Happy reading! 
Ini botol-botol sebagai kenangan. Isinya sudah selamat masuk ke dalam perut. Moga menjadi otot yang sihat dan kuat untuk memberi manfaat. Liya suka perasa vanilla sebab sedap. Yay!!
LIYA 019-9590635

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: