SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Ekonomi Negara Berkembang Masa PH ?

Ekonomi Negara Berkembang Masa PH ?

Ekonomi Negara Berkembang

TERSEDAK penulis menonton BERITA TV3 setepas penulis lama tidak berbuat demikian ekoran sindrom kurang minat mendadak melanda penulis untuk menonton Tv bermula sejak mei lalu. Ini dipercayai kerana laporan Tv3 jauh berbeza dengan apa sebenarnya yang terjadi

Cerita “Ekonomi Malaysia berkembang” entah berapa kali diJAJA oleh akhbar-akhbar MEDIA PRIMA dan TV3 saban minggu.
Belum pernah TV3 dan akhbar Media Prima melaporkan ekonomi negara mengucup walhal itulah yang sedang berlaku pada ekonomi Malaysia ketika ini

Apa tak geli hatinya, dalam ghirah Tv3 dan Media Prima memuji kerajaan atas usaha mengembang ekonomi, tiba-tiba berita Media Prima nak buang kerja staf TUA yang usianya 50 keatas pula menyusul. Ini dipercayai sebagai langkah penjimatan oleh media Prima ketika ekonomi negara berkembang seperti yang dilaporkani di TV3 serta akhbar akhbar media Prima

Laporan Ekonomi negara berkembang, yang dibuat oleh TV3 sebenarnya cukup memualkan rakyat. Pemberitaan yang menipu rakyat atau bersifat syok sendiri bakal menyebabkan penonton menjauhi stesen penyiaran itu. Ketika ini dianggarkan hampir 80% ahli pembangkang tidak lagi menghabiskan masa dengan menonton TV dan kebanyakan mereka setuju laporan yang dibuat oleh TV3 serta media Prima jauh meleset dari apa yang sebenarnya terjadi ketika ini

Ekonomi negara berkembang hampir setiap hari dilaporkan oleh TV3 sedangkan pada masa yang sama Media Prima membuat pengumuman MEMBUANG 1500 ORANG PEKERJA manakala MAS pula mengambil langkah sama apabila membuat pengumuman membuang 6000 pekerja manakala 14.000 lagi akan diserap kesyarikat syarikat berkaitan dengan MAS, terbaru dalam keghairahan ekonomi negara berkembang heboh dikalangan rakyat apabila mendapat berita MAS mungkin dijual diikuti kenyataan Perdana Menteri bahawa ada pehak yang berminat untuk membeli MAS ketka EKONOMI NEGARA BERKEMBANG dijaja,media pro Kerajaan.
ini menjelaskan sejauh manakah kesahihan laporan bahawa Ekonomi negara berkembang itu?

Boleh dan tiada masalalah pun untuk Tv3 dan Media Prima menjadi sebahagian ejen propaganda kerajaan! tetapi ia perlulah realistik. Jika dalam keadaan sekarang pun dimana ringgit terus jatuh ketika ini. Manakala Pasaran saham memgalami kejatuhan berterusan bermula sejak mei ltahun alu, manakala harga komodiiti seperti getah dan sawit terus susut pada paras terendah sejak 3 tahun ini, nilai eksport juga semakin lama semakin mengecil
maka sekiranya TV3 dok ulas kata ekonomi kita berkembang. Naya .
TV juga ada tanggung jawab sosial mendidik rakyat menganalisis dan membuat rumusan berdasarkan makumat semasa

Kita ada juga terbaca bahawa ketika ekonomi negara melonjak seperti yang diwarwarkan oleh akhbar dan TV3 dulu tetapi Media Prima terus RUGI sebanyak RM38 juta bagi suku pertama 2017.Ada yang perlu diperbetulkan dan peranyaan kini berapakah pula kerugian yang bakal dialami oleh Tu3 dan media Prima pada tahun 2018? Media Prima pasti sudah dapat mengagaknya dan langkah membunag pekerja diambil

Mudahnya, Ketika ekonomi negara berkembang seperti yang diwarwarkan oleh TV3 sebelum ini pun Media Prima juga TUMBANG.
Cara penyiaran dan pelapuran oleh TV3 dan media Prima perlu diubah dan tidak lagi boleh bergantung dengan cara lama.
.
Rakyat kini cukup bijak umtuk mendengar dan menganalisis laporan ekonomi dan apa saja berita seperti yang dilaporkan oleh mana mana media dinegara ini. Jika laporan media tidak pun mengambarkan keadaan sebenar.
Mereka cukup peka dan sedia untuk memprotes media berkenaan dan TV3 serta media Prima sedang menghadapi pemulauan senyap dari rakyat negara ini ekoran tindakan TV3 berterusan menyiarkan berita berita propaganda yang tidak realistik. Ini samada berita ekonomi atau pun politik yang agak keterlaluan malah jauh bertenangan dengan apa yang sebenarnya terjadi

Sebahagin besar rakyat Malaysia kini menjadikan media sosial seperti facebook sebagai sumber maklumat mereka dan rata rata gembira dengan apa yang dibaca di media sosial walau pun penulis penulis amatur yang mewarnai media sosial waktu ini, tetapi mereka jauh lebih berintergriti berbandimg media arus Perdana

Perlu diakui media Prima dan TV3 ketika ini sedang melalui detik detik sukar dan ini dipercayai berkisar soal penajaan apabila penaja penaja program besar di TV3 semakin hari semakin berkurangan dan mereka cukup berhati hati untuk membuat tajaan.
Ini dipercayai kerana rating penonton TV3 menurun dan terus menurun. Apabila penonton terus menjauhkan diri maka penaja penaja besar atau bersifat jangka panjang juga menjauhkan diri maka catatan kerugian stesen penyiaran itu sentiasa meningkat dari setahun kesetahun.

Persoalan berlegar dikakangan masyarakat peniaga di Malaysia berhubung masa depan dan kemelut yang melanda TV3 dan media Prima kini?.
Penulis menjangkakan badan penyiaran itu pasti akan berusaha untuk berubah dari segi cara dan komsep pelaporan dan stesen penyiaran itu pastimya memfokuskan untuk menarik penonton.

Namun kita perlu menerima hakikat itu tidaklah mudah dan Media Prima memerlukan masa cukup panjang untuk meraih kembali kepercayaan rakyat Malaysia selepas mereka hilang kepercayaan terhadap TV3’dan Media Prima kerana cara dan konsep yang kita pamerkan amat jelas menipu dan perbodohkan rakyat Malaysia.

Kebergantungann rakyat kepada media sosial dengan laporan penulis penulis amatur akan menjadi tumpuan utama rakyat ketika laungan langit terbuka pernah dilaungkan Pakatan Harapan ketika bergelar pembangkang sebelum ini.

Paling ketara penjualan,aset negara sedang giat dijalankan (JUMBO SALE) ketika ekonomi negara berkembang

Leave a Reply