SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

EJEN ALI MISI NEO MOVIE PALING AWESOME

EJEN ALI MISI NEO MOVIE PALING AWESOME

:: EJEN ALI THE MOVIE: MISI NEO ::

Selepas menulis tajuk, jari jemari ini terkedu hampir beberapa minit kerana tidak tahu nak menaip apa dahulu. Terlalu banyak ingin diceritakan tapi risau ter spoil pula pada rakan rakan lain. Aku pilih untuk spoiler kan satu input je la…

PALING AWESOME…!!!
MOVIE PALING AWESOME keluaran anak Malaysia. Aku bangga! 🇲🇾

🎥 Fighting scene:
Gerakan, gaya jatuh, gaya terhempas. Semuanya di teliti dengan baik seperti live action movie. Movement dan momentum berlawan semuanya sangat teliti dan padu.

🎥 Cinematography:
Aku tak tau nak komen ni camne, tapi kalo korang pernah tengok cerita toy story, kartun dalam ejen Ali ni memang cantik, betul betul taraf Hollywood. Mimik muka, gaya bercakap semua world class.

🎥 Kekuatan jalan cerita:
Kebiasaannya, bila jalan cerita yang penuh dengan aksi, jalan cerita akan kurang mantap. Tapi silap, ini betul betul luar dari expectation. Jalan cerita sangat sangat luar biasa hebat, plot twist yang boleh di terima oleh penonton dan ianya sukses dibawa kan dengan baik.

🎥 Pilihan lagu:
Kita jaga kita. Bukalah matamu.
Dengan senang ianya masuk dalam minda penonton, melekat dan terus menyanyi. Same goes to Frozen 1, lagu Let it Go cuma Frozen ll, gagal teruk. Lagu pun takde satu melekat. Lirik lagu Kita Jaga Kita, kalo betul betul baca ada membawa maksud yang outstanding. 👍🎊

🎥 Overall:
Aku memang seorang peminat movie tegar, cara aku bagi markah adalah berdasarkan keseronokan aku menonton sehingga aku boleh “join” masuk dalam movie tu. Bila dah join, adrenaline mencanak naik, bulu roma naik, emosi juga join skali follow dan movie ini berjaya meng override mode kan aku.

Gempak gileeeerrr…🎉🎉

Aku bagi rating:
2 perfect score – 20/10

Syabas buat Ejen Usamah Zaid dan Team kerana menghasilkan karya yang sangat LUAR BIASA HEBAT ini. Kami menanti kan karya yang seterusnya.

Mohon kesemua rakyat Malaysia menyaksikan movie yang sangat awesome ini.

#EjenAliTheMovie #MisiNeo
#KitaJagaKita #BukalahMatamu
#FilemWajibTonton #Perfect

Selepas majlis hari jadi yang bertema kan superhero dekat rumah mak tadi, kami terus ke TGV, Bukit Raja dengan anak anak sendiri dan anak anak buah siap pakai baju kostum lagi. Bukan ejen Ali je jadi tumpuan sehingga penuh panggung, malah group kami pun jadi tumpuan sebab menjadi IronMan, puteri jasmine dan superman. #FamilyBesarku

Leave a Reply

Open chat