SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Dulu Pengutip Sampah Kini Jutawan Hartanah

Dulu Pengutip Sampah Kini Jutawan Hartanah

[Bermodalkan RM1.30 dengan Nekad beliau keluar dari Kemiskinan]

Alhamdulillah, hari ni saya direzekikan Allah dapat memberikan khidmat urutan kepada insan ini. Sebenarnya saya sudah lama mengikuti perkembangan beliau setelah kisahnya diceritakan oleh Guru saya Dr. Jamaluddin Bin A Jalal semasa mengikuti Kursus “Rahsia dalam Rahsia” di Akademi Aurametafizik beberapa tahun yang lalu.

Pada ketika itu, saya tertanya-tanya apa faktor kebangkitan beliau sehingga kehidupannya berubah dari seorang yang bekerja sebagai “Pengutip Sampah” sehinggalah bergelar seorang Jutawan .

Nak dijadikan cerita, pagi tadi saya terlihat beliau di kaca televisyen dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Saya rasa terinspirasi dengan cerita beliau mengenai bagaimana beliau menjadikan kemiskinan itu sebagai titik permulaan dan perangsang untuk beliau nekad untuk berubah.

Terdetik di dalam hati saya, ingin bertemu beliau untuk bertanya lebih lanjut tentang kisah beliau. Sebelum ni cuma mengikuti perkembangannya di Facebook sahaja.

Tapi yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi di sini adalah, pengalaman hari ni yang saya rasakan sangat syukur dan ajaibnya kuasa minda yang dikurniakan Allah.

Petang tadi saya buka Handphone, tiba-tiba saya terbaca Whatsapp Tuan Hj Muhammad Azlan Al Amin, beliau bertanya adakah saya ada kelapangan untuk mengurut beliau. Saya rasa bertuah kerana berpeluang bertemu beliau dan sambil memberikan khidmat sempat juga saya bertanya lebih lanjut mengenai kisah beliau.

Antara perkara yang disentuh adalah berkaitan keunikan bersedekah dengan ikhlas. Di mana kita bersedekah kerana Allah dan mengharapkan Rahmatnya bukan kerana mengharapkan balasanNya. Beliau juga menyatakan bila minda kita sudah dipositifkan, setiap titik permulaan kepada perubahan pasti akan hadir jalannya dan akan ada hikmahnya. Saya rasa pun begitu juga, mungkin ada hikmahnya mengapa Allah rezekikan saya untuk bertemu beliau pada hari ini. Terima Kasih Tuan Haji Muhammad Azlan Al-Amin .

p.s. Boleh tonton perkongsian beliau dalam MHI pagi tadi

Leave a Reply

Open chat