SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Dermawan Zuhud Faziani Rohban Ahmad

Dermawan Zuhud Faziani Rohban Ahmad

[KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN]

❤️DERMAWAN ZUHUD – FAZIANI ROHBAN AHMAD❤️

Assalamualaikum,

Salam takziah dari kami BOX26 Cafe @ Pasir Pekan. Arwah adalah sahabat sekampung kami, Kampung Pasir Pekan , Kelantan.

alfatihah utk arwah kak ni , baba dan orang2 yang telah mendahului kita.

Saya sempat kucup jenazah, wajahnya sangat cantik, bercahaya cerah, kuning kekuningan, sangat wangi semerbak sangat tenang diperbaringan.

Arwah meninggal kerana kemalangan dalam keadaan berpuasa dibulan ramadhan pertengahan, fasa keampunan dan dalam perjalanan menyerahkan zakat ke pondok tahfiz di Pattani.

So semalam sempat ziarah dan bersembang dengan adik arwah , Faradilla Rohban Ahmad dan Anak arwah yg sulong, Iqbar Hakim atau abe.

Saya nak kongsi kebaikan yg arwah ni buat supaya menjadi teladan kita semua.. Dermawan yang zuhud.

1) Arwah sudah tahu akan pemergiannya, arwah sangat rindukan arwah abahnya, sehinggakan dia memanggil Tahlil 40 Hari tanpa henti bermula dari hari dia meninggal..Dan beliau menempah yasin lebih sekali ganda dari asal , sebab dia cakap ramai orang nak datang nnt.

2) Arwah sudah berpesan2 kepada seluruh adik beradik jika ketiadaan arwah nanti apa yang perlu dibuat dalam majlis buka puasa bersama keluarganya di KL.

3) Arwah sudah menempah telekung solat yang sangat banyak untuk diagihkan, sehingga terpaksa stop tepi jalan buat agihan dari beliau sendiri.

4) Berlambak2 stok sedekah spt beg,biskut,pakaian raya, telekung, yang diorder sampai dan perlu diagihkan, now adik2nya menguruskan. Bayangkan bila beliau buat semua ini sendiri tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

5) Banyak transaksi dalam bank, yang disalurkan kepada individu2 pada setiap bulan yang bukan bayaran gaji. Means sedekah beliau yg tiada siapa tahu hanya selepas mereka semak penyata2 bank.

6) Arwah memang mengadu sangat penat, terlampau penat tapi Arwah pentingkan kelangsungan hidup adik beradik, anak2, dan kebajikan staff2 serta orang sekeliling. Jika dia tidak buat dan kuat, apa nasib orang lain nanti? 😭😭.

7) Arwah gandakan 3 kali ganda sedekah jariahnya pada bulan puasa tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya. Zakat yang diberikan terlampau banyak dan beliau terpaksa arahkan adiknya utk membantu buat agihan.

😎 Arwah berjaya islamkan seorang pekerja philipines yang tertarik dengan Akhlak dan kebaikan arwah sewaktu menjadi majikan. Allahu.

9) Arwah akan memberikan sedeqah2 kepada mana2 pondok yang beliau temui dan memang arwah ada pondok sendiri di bentong.

10) Arwah sangat suka membantu rakan2 sekampung atau orang lain berbisnes, beliau akan order biskut2 raya yang dijual oleh kenalan2nya , beli untuk bantu orang dan kemudiannya disedekah kepada orang lain.

11) Arwah sudah order beribu kampit beras untuk agihan pada bulan puasa ini sahaja dan padanya masih tidak mencukupi.

12) Arwah sangat gemar meraikan anak2 yatim dan orang2 susah, sebelum dia meninggal arwah sempat ke Indonesia meraikan 2500 rakyat indonesia utk berbuka puasa dan beberapa buah anak yatim yang sudah dijadualkan di Malaysia juga.

13) Arwah seorang yang low key tidak menonjol kebaikannya dimedia, namun mungkin kerana ikhlasnya hati, Allah pancarkan segala kebaikan arwah untuk kita semua berfikir.

14) Arwah sangat mengambil berat sehinggalah ke nyawa terakhir akan kebajikan pekerja, orang susah, anak yatim , adik beradiknya.

15) Arwah memang membela betul2 nasib pekerja2nya yang rata2 hanya orang susah. Bukan hanya dibayar gaji malah seluruh keluarga pekerjanya akan disara oleh beliau. Jika ada yang sakit atau meninggal, pasti keluarga itu akan ditanggung seumur hidup.

16) Beliau pernah bawa pekerja2 serta keluarga pekerja untuk tunaikan umrah bersama2, bukan hanya mereka tapi juga ibubapa pekerja tersebut. pekerja ini bukan tahupun untuk memalu canang kebaikan arwah sebab mereka orang susah dan bukan rakyat malaysia. Terutama bibik2 arwah.

17) Rumahnya sentiasa terbuka untuk orang kampung dan keluarga untuk datang bertandang , tumpang mandi kolam , sebab bagi beliau biarlah orang lain tumpang rasa apa yang dia ada.

18) Ada banyak rumah2 anak yatim dan tahfiz yang sudah diarahkan oleh arwah untuk dibantu sampai bila2 oleh arwah.

Kak Ni, sejak dari oghe kecik org saksikan kak ni memang tidak lokek tidak sombong suka bantu, dan tak ada beza pun bila kakni bergelar jutawan. Kak ni tetap Kak ni yang kami kenal.

Damailah kak ni diSana bersama para soleh para syuhada’ para anbiya, semoga segala amalan kak ni diterima , kami yakin syurgalah buat kak Ni.

#fazianiRohban#
#founderDnars#
#DnarsMalayaia#

Leave a Reply

Open chat