SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Cerita Naik Rank Supervisor Shaklee

Cerita Naik Rank Supervisor Shaklee

#CERITA_BISNES_AISHAHRAHIM

Sambungan dapat bonus RM215.82 masa bulan pertama join Shaklee tu, maka saya pon semakin berkobar nak buat Shaklee betul-betul. Senang je rupanya (waktu tu fikir senang). Kita share dan promosi tentang produk, ada prospek message kita bertanya, kita pon consult ikut keperluan kesihatan dia. Tapi bukan sesuka main taram. Kena belajar. Kena pergi Shaklee Health Talk, Bengkel Nutrisi dan sentiasa tanya nutritionist. Nak jadi SID Pro kena sentiasa belajar, tak boleh stop.

Medium perkongsian saya waktu tu memang 100% melalui blog. Kesemua customer dan ahli baru yang mendaftar bawah saya memang totally strangers. Memang melibas online sahaja sebab masa ni masih ada saki baki sifat malu nak approach orang secara offline 😅

Sales saya untuk bulan kedua tu (Jun 2012) telah melayakkan saya naik rank Supervisor dengan bonus 4 angka. Caya tak caya lah weh bila tengok bonus RM1,900++ masuk dalam akaun bank. Masa ni belum ada online sistem. Jadi tiap hujung bulan nak closing tu, kita takkan tahu berapa sales & bonus kita. Sangatlah surprise menunggu 14hb bonus masuk dalam bank 😍

Sekarang ni senang sangat dah. Setiap hari pon boleh bukak Shaklee2u nak tengok update bonus. Rasa nak lebih pergi usaha lebih lagi. Kalau rasa nak rileks maka bonus pon rileks rileks juger hahahaha 🙈

Okay okay sambung.

Macam mana saya buat bisnes Shaklee waktu tu? Sedangkan saya tak reti memandu, saya takde kereta, saya masih bekerja, saya ada 2 orang anak kecil?

Sekali lagi nak habaq, dulu takde senang macam sekarang ni tau. Sekarang ni semua klik online order je, Shaklee siap pos dah ke customer. Saya dulu nak order pakai faks atau email sahaja. Customer order dan bank in, saya pon email atau faks order ke branch. Sangat-sangat terima kasih kat staff Shaklee JB yang banyak membantu, tanpa berkira langsung diorang akan buatkan order saya.

Nak pergi branch? Sangatlah jarang. Ada sesekali kalau rehat panjang hari Jumaat, saya naik teksi dari tempat kerja ke Shaklee. Ko bayang berapa kos teksi dari bandar ke Taman Molek pergi balik? Dengan berbondong ku tunggu teksi tepi jalan panas terik nak balik ke tempat kerja semula hahahahaha adoiiii lawak pulak ingat balik. Ketawa sambil menangis ku menaip ni 😂😂

Cerita pasal anak kecil, saya memang tak boleh tengok telefon waktu dengan anak-anak. Saya sendiri tak suka sebab bagi saya family memang keutamaan saya, cannot replace. Jadi waktu yang saya free ialah selepas waktu tidur anak-anak. Cuba pergi tanya anak-anak buah saya waktu tu, saya pernah jawab whatsapp pertanyaan mereka pukul 3 pagi pon ada. Sebab waktu tu lah saya masih study produk, masih packing barang dan balas message customer atau anak-anak buah.

Penat? Tipulah kalau cakap tak penat. Tapi tiap kali rasa penat atau down, saya akan buka “Buku Impian” saya, yang memang saya tulis dan buat khas untuk mengenang sebab-sebab serta push factor kenapa saya bermula.

Nak baca pasal “Buku Impian” tak? Kalau nak, esok saya share kat uols Buku Impian saya tahun 2012 yang most of them Alhamdulillah dah tercapai. Kalau nak, esok saya share okay?

By the way, apa tips atau pengajaran yang uols dapat dari cerita pengalaman saya kat atas ni?

Gambar : Statement bonus bulan kedua bersama Shaklee, Jun 2012. Dapat naik rank Supervisor dengan bonus RM1,981.56.

#shakleejohorbahru
#shakleebyaishahrahim

Leave a Reply