CATATAN KEJAYAAN LIYA BERSAMA SHAKLEE

Liya berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee pada mulanya sangat on off. Haha. Maksudnya pernah buat bisnes Shaklee pastu tak buat pastu buat. Gitulah. Liya mula join ahli Shaklee dengan beli set kesuburan pada Disember 2014. Masa tu upline ada ajak buat bisnes, tapi Liya belum terbuka hati sepenuhnya. Ada masa rajin nak promot, Liya pun promot. Tapi memang dapat sales & layak dapat bonus. Then kelaut dalam kejap. Hehe memang on off on off saaampai la September 2018, Liya betul-betul nekad untuk serius dalam bisnes ni. Wow, lama tuuu ambik masa kan. bertahun-tahun kihkih. Ok, next entry nanti Liya cerita apa push factor nya, ok.  Sekarang kita telusuri antara catatan kejayaan Liya sepanjang beberapa bulan bersama dalam bisnes Shaklee ni;

1. Rank Up As Supervisor

Thanks God, bila betul-betul terbuka hati tu memang pulun sunggh-sungguh. Ada hala tuju dan seriously memang Liya buat betul-betul. Nak kata betapa seriusnya tu, bulan September Liya dah achieved target sales yang Liya tulis. Tulis dan tampal kat dinding hehe. Walaupun masa tu belum rank up as Supervisor lagi (belum ada team, pulun sorang-sorang). Tapi, kejayaan tu dah sangat membanggakan sehinggalah Liya rank up Supervisor pada bulan November 2018 dengan sales lebih 11k dan 3050uv. Kena mention magic numbers ni sebab Liya pulun buat sales sorang-sorang tanpa team members. Hehe.

Ni first poster yang dikeluarkan oleh #MCCTopAchiever untuk ahlinya yang berjaya rank up apa-apa rank leader dalam Shaklee. Macam Supervisor ni first rank tapi agak tough juga sebab mostly newbie yang belum ada team akan achieve rank ni. Pastu kita kena buat sharing success story untuk yang lain ambil ikhtibar. Masha Allah best sangat feeling masa ni sebab kita puas hati dan bersyukur atas izin Allah yang melihat usaha kita tanpa jemu.

2. Potong Pulut Kuning 

Bertitik-tolak daripada kejayaan tu, Liya memang terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Chewahh hehe. Alhamdulillah catatan kejayaan seterusnya adalah diraikan dalam Seminar MCC 2.0 (Master Cross Coahing) sebab berjaya rank up Supervisor just after join seminar MCC 1.0. Maksudnya, ilmu yang diberikan semasa MCC 1.0 tu Liya praktikkan dalam bisnes Shaklee dan berhasil. Aummm.

Masa ni memang tak expect pun nak kena potong pulut kuning. Datang nak join Seminar MCC 2.0, tup-tup nama kena panggil untuk acara potong pulut kuning. Terkujat la jugak hehe. Dua orang je masa tu, dengan Abel (sebelah Liya). Lain-lain tu mentor & upline kami. Alhamdulillah syukur sangat dan acara ni jadi pembakar semangat kepada yang lain untuk pulun bisnes ni dan naik poting pulut kuning juga untuk next MCC Seminar (diraikan). Aminnn In sha Allah, Liya doakan!

3. Program Jom Shaklee (Qualifiers)

Pada akhir November 2018, pihak Shaklee telah mengumumkan program Jom Shaklee (New Enrollment Programme). Program ni kita perlu sponsor ahli baharu untuk beli mana-mana daripada 3 item yang ditawarkan (Vivix Twinpack, Youth Starter Set & Daily essential Set). Jika kita dapat sponsor 6 orang pada bulan tu, kita akan dapat percuma 1 set daripada mana-mana 3 set tu. Wahhh, memang best. Sebab Liya memang aimed dapat Vivix percuma! Alhamdulillah sepanjang Program bermula Disember sehingga februari tu, Liya berjaya rekrut 30 ahli baharu. #Nanges huhu.

Tudiaaaa nama tersenarai dalam qualifiers yang dapat FREE 1 set Jom Shaklee. Cuba teka Liya amek set apa? Hehehe

Ni diaaaa gambar Liya pergi redeem Vivix 2 botol secara percuma. Thank you Shaklee!

Haaa yang ni best sebab Liya layak dapat FREE 2 set item daripada program Jom Shaklee. Hoyyeaahhh. Syok habis! Alhamdulillah!

Ni gambar masa redeem 2 set FREE tu. satu redeem Vivix 2 botol, satu lagi redeem Daily Essential Set (DES) (ada 6 vitamin percuma termasuk 1 botol Vivix. Syok ooo boleh mandi Vivix hehehe.

Hehehe poster ni paling buatkan Liya terharu. Sebab bila poster ni keluar, one of my idol dalam Shaklee  text Liya wish tahniah sebab Liya satu-satunya SID dalam Malaysia yang jadi qualifiers paling ramai rekrut ahli baharu. Allahu Robbi. Terharu gilos.

Redeem lagi. Kali ni redeem 2 botol Vivix percuma lagi. Kan da cakap, nak Vivix je. Hehhe.

Ni kenangan masa sebelum pergi Master Recognition Rally 2019 di Marriot Putrajaya, Liya pergi Hq Shaklee untuk redemm 6 botol Vivix percuma. Alhamdulillah. Betulla orang kata, gambar memang menyimpan memori yang kekal untuk dilihat. Terima kasih Allah.

4. Recognition Supervisor On Stage 

Masa Masters Recognition Rally 2019 untuk raikan Master Irene Nadia, Liya dapat jemputan untuk naik pentas, ambil recognition sebagai rank up Supervisor. Ni kira secara officially daripada syarikat. So, kami anak-beranak attend majlis tersebut. Angkut semua naik pentas heheh. Suatu pengalaman yang sangat manis dan membanggakan. Sampai sekarang Anggun, anak yang sulung masih sebut bila dia teringat. Allahu!

 

Alhamdulillah anak-anak merasa naik pentas yang sangat berprestij. Walaupun tumpang majlis orang, tapi kehangatannya sangat terasa. Biar jadi kenangan untuk mereka yang sama-sama bersusah senang sepanjang Liya buat bisnes Shaklee ni walaupun baru setahun jagung umurnya More to come, nak! In sha Allah! Pasni kita naik pentas recognition Master Coordinator pulak. Amin!

5. Reward Staycation Daripada Upline Master 

Alhamdulillah, kisah kejayaan dalam Shaklee ni sangat manis. Kita bukan sahaja diraikan oleh syarikat, malahan jika llah sudh tuliskan rezeki kita, kita akan dalam reward daripada upline kita. Thanks Master Zura Betty dan Master Maleq sebab hadiahkan percutian 2 hari 1 malam 5bintang kepada kami di Marriot Hotel, Putrajaya. Lebih manis bila tarikh staycation tu jatuh pada hari lahir suami. Kira hadiah kepada beliau yang selama ni sangat menyokong Liya buat bisnes Shaklee. Thank you, bapak!

 Belanja satu gambar je hehe. Masa ni bawa anak-anak pergi breakfast dan walk around sekitar hotel. Kami dapat reward ni sebab berjaya rank up dan effective Supervisor selama 3 bulan berturut-turut. Alhamdulillah terima kasih Allah.

6. Qualifiers Untuk BLNC 2019 (Shaklee Business Leader National Conference) 2019. 

Setiap tahun, pihak Shaklee akan adakan perhimpunan untuk semua leaders yang layak di BLNC. Syaratnya adalah effective sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut. Masya Allah Tabarakkallah. Liya sangat beruntung. Liya rank up Bulan November, BLNC diadakan pada bulan Februari. dan Liya layak. Allah Allah Allah. Tak tahu nak lahirkan rasa lsyukur macam mana. Semua leaders Shaklee tahu betapa istimewanya BLNC ni. semua berebut nak layakkan diri. Seriously!

BLNC kali ni bawa budak bapak join sekali. So far beliau sangat teruja sebab gifts sangat best, pengisian sangat power dan makanan saaangggaaatt mewah. Seronok beronok ronok!

Sempat bergambar dengan poster Korea Trip. Teruja selepas Shaklee umumkan Regional Trip untuk tahun 2019/2020 ialah Korea. Wow!

7. Star Achievers Award 2019

Liya dapat jemputan untuk ambil award semasa National Conference (NC) 2019. Paling best sebab dapat VIP pass dan daat jamuan tea-time sebelum majlis bermula. Makanan macam biasa, mewah dan sanggaaattt sedap. Adoii sebaik perut kecik hahah. Kunun! Sama juga kali ni angkut semua anak-anak dan bapak join sekali. Konsepnya, ini kejayaan kita. Maka, raikan bersama. Hehehe.

Ingat lagi tak? Ni la Abel. Geng potong pulut kuning Liya masa MCC 2.0. Beliau pun sama terima SAA Award. Wahh jodoh panjang rupanya hehe. Tahniah Abel!

Kali ni naik stage sorang-sorang sebab bapakmkena jaga anak kat play group. Tunjuk gambar ni je kat Anggun & Indah hehe.

8. Diraikan Semasa Master Cross Coaching Academy (MCCA) 2019

MCC team banyak sangat buat kelas secara fizikal dan online. Salah satunya MCC Academy. MCC Academy akan ajar kita cara nak buat sales, product guide, bisnes guide dan banyak lagi pasal networking bisnes. So, Liya memang tak akan lepaskan peluang untuk attend. Ilmu mahal ooo. Masa join MCCA 1.0, sekali lagi ada kejutan apabila kena panggil datang depan buat sharing macam mana boleh rekrut 30 orang ahli seluruh Malaysia masa Program Jom Shaklee (Disember-Februari) ritu dengan ahli MCCian yang lain. Pastu dapat gift Youth Umbrella hehe. Kenangan sungguh la. Kejutan demi kejutan.

Macam nakal murid kena panggil ke depan perhimpuann nak kena rotan kan? Heheh. tepi sekali-kiri (Ereen rekrut 28 ahli), tengah RV Adyani rekrut 50 ahli perghhh dan Liya rekrut 30 ahli. Tepi sekali- kanan, Master Azlin as emcee for that day.

9. Personal Sales Yang Masyuk

Alhamdulillah yang antara yang menentukan kita dalam Network Bisnes ni adalah personal sales, group sales dan berapa raami kita boleh rekrut ahli baharu dan break new leaders dalam team kita. Pada mulanya Liya memnag fokus pada personal branding, marketing dan perosnal sales. Ni antara bukti personal sales Liya yang agak memberangsangkan. terima kasih Allah.

Liya memang fokus pada Youth skincare dan Vivix. Dua item ni killer product Liya. Yang lain-lain seiring sejalan. By the times goes by, skills kita dalam bisnes kan makin tajam dan tetap teruskan proses mengasah berkali-kali untuk kekal tajam dan bertambah tajam.

Hehehe muka bangga di situ. Alhamdulillah dalam gambar ni Liya berjaya rekrut seramai 4 oranng ahli baharu. Syok bila pergi restock & daftarkan ahli baharu di Hq Shaklee. Satu kepuasan yang berlipat kali ganda. Kita dapat bantu orang. Itu yang syok!

Ni masa gi BLNC pon sempat singgah Hq jap settlekan order customer & downline. Syok sangat bisnes ni. tak pernah jumpa lagi bisnes yang syok macam ni.

Raikan Kejayaan Bersama Liya?

For those yang masih berkira-kira nak buat bisnes apa, nak cari duit poket tambahan macam mana, yang sangat sibuk, yang tak ada masa, yang tak minat dan tak pandai langsung nak menjual—> jom contact Liya. Liya tahu cara nak “jentik” skills awak. Hehe ada ilmu nujum kihkih. Jom jangan lambat-lambat. Rugiii oooo. Kita naik sma-sama. Hehe.

Contact Liya now! New protege is open!

Liya,

019-95906535

Follow Ig & Fb: Daliya Mat Dari

Your Business  Mentor!

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: