SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Cara Solat Nabi Dan Para Sahabat

Cara Solat Nabi Dan Para Sahabat

kepentingan solat – Maulana Saad db

Solat adalah mikraj iaitu waktu utk menghampirkan diri kita dgn Allah s.w.t.

Di masjid nabi s.a.w, kosong dari asbab kebendaan. Dlm tempat yg kosong itu, mereka melatih utk khusyuk kpd Allah.

Hari ni, masjid dipenuhi dgn berbagai-bagai kebendaan. Di masjid nabi, tiada apa2 asbab pun, sehingga perkara2 yg diperlukan utk solat pun tidak ada. Tempat wuduk pun tidak ada di masjid nabi s.a.w. supaya tidak ada apa2 perkara yg jadi penghalang kpd kekhusyukan dlm solat. Thn 9 hijrah baru ada lampu/pelita di masjid nabi s.a.w.

Sepatutnya masjid jadi tempat melatih kyusuk. Tapi hari ni, malangnya, ada bermacam2 kebendaan dlm masjid. Bagaimana mungkin kita dpt latih kekhusyukan dlm masjid spt hari ni.
Di dlm poket ada handphone. Semasa solat, ada suara2 yg berbunyi. Bagaimana akan dtgkan kekhusyukan.

Sekurang2nya kita latih anggota badan jadi khusyuk. Kerana tidak melatih anggota badan iaitu tidak mengikat anggota badan dlm solat akan menghalang kita drp khusyuk. Bila anggota badan tidak khusyuk, maka hati juga tidak khusyuk.

Nabi s.a.w lihat satu org sedang solat sambil mengusap janggutnya, kata nabi, sekiranya hatinya khusyuk maka tangannya juga akan khusyuk.
Melalui zahir solat kita akan dpt kenali kekhusyukan hati. Sekiranya zahir solat tidak ada ketenangan maka hatinya juga tidak tenang.

Kekhusyukan ini perlu di latih. Dlm solat, kita kena paksa diri kita utk mengingati Allah s.w.t. selagi mana dlm solat kita tak menggambarkan kita sedang berdiri di depan Allah, maka selagi itu kita belum mula khusyuk.

Permulaan khusyuk ialah menggambarkan kita sedang berdiri di depan Allah. Tuntutannya, sekurang2nya 3X dlm setiap rukun kita menggambarkan kita sedang berdiri di depan Allah.

Kerana kesibukan dunia, dlm solat kita fikir urusan dunia sehingga urusan dunia kita diselesaikan dlm solat kita.
Kalau dlm solat pun kita tak dpt wujudkan tawajjuh kita pd Allah, maka bagaimana mungkin diluar solat kita dpt tawajjuh pd Allah.

Solat adalah amalan yg paling banyak membentuk kita utk ingat pd Allah. Oleh itu, semua amalan lain akan wujud tawajjuh pd Allah, adalah bergantung pd tawajjuh dlm solat. Sekiranya dlm solat tak tawajjuh pd Allah, mana mungkin amalan2 lain yg kedudukannya lebih rendah dari solat dpt kita tawajjuh pd Allah.

Dlm solat yg merupakan mikraj pun kita tak ingat Allah, sudah tentu dlm zikir, dlm tilawah, kita lupa Allah. Kita kena latih supaya tawajjuh pd Allah dlm solat.
Solat adalah paling asas, paling kuat hubungkan hati kita dgn Allah.

Dlm kita menyempurnalkan semua amalan2 lain, kita boleh buat perkara2 lain. Tunaikan haji, masih boleh makan. Berpuasa, masih boleh tidur. Tetapi dlm solat, tak boleh tidur, tak boleh makan. Dlm solat kita begitu hampir dgn Allah, kita tak boleh dengar suara dari org luar (dlm mazhab hanafi – bila kita terima teguran org diluar solat akan membatalkan solat, hanya boleh terima teguran org di dlm solat).

Semua amalan lain, kita boleh ambil ilmu dari luarannya tapi dlm solat, belajar ilmu pun tak boleh. Dlm mazhab hanafi, lihat quran semasa solat pun tak boleh. Kalau dlm solat tak boleh lihat quran, maka mana mungkin kita boleh lihat perkara lain dlm solat.

Hari ni solat jadi satu bebanan utk kita. Sehingga kita fikir, kena cepat2 tunaikan solat. Kita tak jadikan solat sebagai mahbob/kecintaan kita. Kita ada kerja yg belum selesai, kita cepat2 baca fatihah dan terus rukuk. Kita memikirkan urusan diluar sana. Org yg mana ketika sujud tak ingat Allah, maka diluar sana mana mungkin dia akan ingat Allah. Kita patut rasa kesedihan yg amat sangat ketika dlm solat pun kita masih ingat selain dari Allah.

Kita kena latih diri kita utk dptkan khusyuk dan khuduk dlm solat. Kita latih anggota badan mengikut undang2 dlm solat supaya diluar solat kita tak guna anggota badan kita di tempat yg dilarang oleh Allah.

Satu ketika, satu org telah dtg membawa gulai dlm mangkuk berjumpa maulana Yusuf rah., tiba2 gulai tadi tumpah. Maulana Yusuf telah menjerit, kamu betulkan solat kamu. Apa hubungan tertumpah gulai dgn solat?
Dari segi zahir solat nampak betul. Sekiranya anggota badan digunakan dgn betul ketika solat, maka gulai tak akan tumpah.

Bagaimana solat nabi dan sahabat? Kita harus perhatikan. Abu bakar r.hu, sangat diam semasa solat. Sebesar zarah pun dia tak tawajjuh pd perkara di luar solat.

Abdullah b zubair solat seolah-olah spt sebatang kayu yg dipacak. Kekhusyukan solat bermula dgn tak bergerak anggota badan. Semasa sujud, nabi s.a.w tak bergerak langsung. Aishah r.ha terpegun melihatnya.

Hari ni kita sujud utk beberapa saat, itupun kita tak diam. Nabi s.a.w sujud begitu lama sehingga aishah r.ha kata rasulullah telah wafat. Tidak bergerak. Aishah r.ha tarik jari nabi utk memastikan nabi masih hidup. Begitu khusyuk solat nabi s.a.w.

Kebanyakan dari kita semasa sujud menggerakkan/angkat kaki di belakang. Angkat jari kaki boleh batalkan solat. Jari kaki mesti mengadap kiblat. Selagi kita tak menjaga anggota badan dlm solat, maka diluar solat pun kita tak akan mampu menyelamatkan anggota badan kita dari dosa2.

Anggota yg tak dijaga dlm solat adalah anggota yg paling cepat menuju kpd dosa.

Abdullah b zubair berdiri dlm solat spt kayu yg dipacak dlm bumi. Inilah yg dikatakan sebagai khusyuk. Tak tengok kiri dan kanan. Sehingga rumah dia telah runtuh, batu jatuh di sekelilingnya dan ia tak hiraukan apa yg berlaku. Tak menghalang dia khusyuk dlm solat. Beliau menuju kpd solat, langkah pendek2 dan perlahan sehingga org yg melihat berkata, semut pun boleh memotongnya. Bukan berlari2. Supaya langkah menuju ke masjid tidak biadap sebab nak solat. Menuju ke solat dgn adab sebab nak mengadap Allah s.w.t.

Abdullah b umar r.hu, semasa solat, seluruh anggota badan diam tak bergerak. Semua jari2 menujuk ke arah kiblat. Kebanyakan kita hari ni, bila duduk diantara dua sujud, jari kaki tak mengadap kiblat. Waktu doa yg paling afdal ialah ketika sujud terutama dlm solat2 sunat. Semoga solat jadi kafarah dosa2 kita. Jgn kamu gerakkan anggota badan ke kanan dan ke kiri dlm solat spt yahudi.

Utk menyempurnakan solat fardu hendaklah disempurnakan solat2 sunat. Sekiranya solat sunat tidak diutamakan maka tidak akan dtg kesempurnaan dlm solat fardu.

Seseorang itu tak akan dpt takbiratul ula kalau dia tak ambil berat tentang solat qobliyah. Org yg jaga solat qobliyah, insyaAllah dia akan dpt takbiratul ula. Solat sunat qobliyah merupakan solat utk menghormati solat fardu. Solat tahiyatul masjid utk menghormati masjid.

Nabi s.a.w begitu sekali mengutamakan solat sunat rawatib. Hari ni, kita tak ambil berat solat2 sunat. Lepas habis solat kita berbual. Kita tinggal solat sunat.

Nabi s.a.w mulakan solat fardu dgn solat2 sunat. Paling banyak nabi berpuasa ialah pd bulan syaaban supaya dgn membiasakan puasa pd bulan syaaban akan jadi satu istiqbal utk bln Ramadan. Sebagaimana nabi banyakkan berpuasa bln syaaban utk menyambut kedatangan Ramadan,

begitulah nabi banyakkan solat sunat rawatib sebagai istiqbal utk solat fardu.
Solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardu subuh adalah perkara yg sangat penting.

Hari ni kita fikir imam baca surah panjang waktu subuh bolehlah saya dtg lewat dan ini menyebabkan kita terlepas takbiratul ula. Nabi s.a.w tak pernah tinggal 2 rakaaat sunat sebelum subuh.

Hari ni org tinggalkan solat2 sunat dan kemudian tinggal takbiratul ula. Nabi bersabda, Walaupun kita akan dipijak oleh unta, jangan tinggalkan solat sunat sebelum subuh.

Nabi s.a.w jaga solat sunat di rumah. Nabi akan kata pd sahabat, kamu buat solat sunat di rumah. Masjid adalah tempat ijtimai amal yg berterusan.
Bukan menjadi amalan sabahat utk solat sunat di masjid. Solat sunat di rumah dan solat fardu di masjid.

Nabi s.a.w tunaikan 4 rakaat solat sunat sebelum zohor dirumah. Lepas itu, keluar ke masjid dan mengimamai solat fardu zohor. Kemudian, balik ke rumah utk solat sunat 2 rakaat badiah lepas zohor.

Menjadi kebiasaan nabi s.a.w solat tahajjud 9 rakaat di rumah termasuk witir. Nabi s.a.w solat sunat waktu malam dgn rakaat yg panjang2. kadang2 nabi s.a.w solat yg panjang2 sambil duduk. Abu hurairah tanya kenapa solat sambil duduk? Nabi bersabda, kerana terlalu lapar. Tak mampu berdiri lama. Dlm keadaan nabi s.a.w sakit, baginda telah baca 7 surah yg panjang.

C&p dr Tuan Rosli Yahya
#repost2018nizamudin

Leave a Reply