CARA PILIH IKAN TANPA FORMALIN & CARA HILANGKAN FORMALIN DARI IKAN, BUAH DAN SAYUR

CARA PILIH IKAN TANPA FORMALIN & CARA HILANGKAN FORMALIN DARI IKAN, BUAH DAN SAYUR

BAHAYA FORMALIN & PETUA PILIH IKAN BEBAS FORMALIN.

Ramai tak perasan mungkin tentang kandungan formalin dalam ikan. Formalin ialah bahan yang diletak pada mayat untuk halang mayat dari mereput.

Tahun 1987, US Environment Protection Agency (EPA) klasifikasikan ia sebagai carcinogen. Begitu juga dengan International Agency for Research on Cancer (IARC). Mereka masukkan dalam kategori sama.

Nak tahu bahaya formalin ni boleh baca report berikut:

National Toxicology Program (June 2011). Report on Carcinogens, Twelfth Edition. Department of Health and Human Services, Public Health Service, National Toxicology Program. Retrieved June 10, 2011, from: http://ntp.niehs.nih.gov/go/roc12.

Apapun untuk kita ni ada beberapa petua untuk pilih ikan bebas dari formalin.

Boleh cuba 5 petua ni:

1. WARNA

Petua biasa kita dengar ialah kalau insang merah itu maknanya ikan tu segar. Memang benar petua ini tetapi perlu faham juga beza merah itu.

Bila insang itu merah ke maroon atau merah hati, betul ikan itu segar. Kalau merah hati atau maroon kehitaman itu tandanya sudah lama. Nak tahu samada ikan itu diletak formalin atau tidak ialah bila warna insang itu merah menyala. Itu tandanya ikan dah disapu dengan formalin.

.

2. SIRIP

Kalau nampak sirip dah pecah pecah atau bergerigi tetapi ikan nampak segar elakkan saja. Itu tanda badan ikan dah disapu formalin tetapi sirip terlepasa dari kena formalin.

.

3. MATA

Lihat mata. Kalau mata layu dan merah sedangkan badan segar bugar itu juga tandanya ada formalin pada tubuh ikan.

.

4. ISI IKAN

Pernah tekan getah gunakan jari. Atau benda yang dibuat dari getah. Ikan yang diletak formalin juga ada unsur sperti rubbery ini. Nampak fresh tapi bila ditakan macam tekan benda yang dibat dari getah.

.

5. BAU

Kalau kita pernah beli ikan segar dari nelayan kita akan perasan baunya. Ada bau garam atau bau air laut. Ikan yang diletak formalin tidak ada bau langsung. Elakkan.

Macam mana nak hilangkan formalin dari ikan, sayur atau buah?

.

Caranya mudah saja. Gunakan langkah langkah seperti di bawah ni:

.

1. Sediakan belas besar yang dapat muatkan ikan yang dibeli.

.

2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut.

.

3. Masukkan satu atau dua sudu garam. Kandungan garam bergantung pada saiz bekas yang diguna.

.

4. Masukkan ikan, sayur atau buah ke dalamnya. Biarkan selama sejam.

.

5. Selepas sejam, keluarkan dan bilas dengan air biasa.

.

Kaedah ini akan hilangkan formalin dari ikan, sayur dan buah tadi.

.

Bolehlah cuba!

.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: