SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Buskers OKU Buta Perlukan Bantuan

Buskers OKU Buta Perlukan Bantuan

Pakcik buskers ni seorang OKU buta berumur 68 tahun, dah 3 tahun bekerja sebagai buskers, sekarang di Bukit Bintang. Berbanding buskers biasa lain, dia mengalunkan ayat-ayat quran menggunakan kelebihan dia sebagai penghafaz quran. Baru-baru ini dia disahkan menghidap kanser hidung & sedang dalam proses follow up di HKL.

Saya dihubungi anaknya, Puan Nisa (dalam gambar), yang memohon bantuan untuk menyara keluarganya. Beliau yang kini mengandung 6 bulan telah diceraikan suaminya 3 bulan lepas. Sejak bercerai, bekas suami tak pernah menghubunginya mahupun memberi nafkah kepadanya.

Pakcik tersebut tinggal dengan isteri dan 3 anaknya (Puan Nisa & 2 adiknya berumur 8 & 9 tahun). Isterinya juga kerap ke HKL, follow up bagi penyakit katarak & saraf terjepit.

Sekarang Puan Nisa tak bekerja untuk menjaga ahli keluarganya, menghantar ayahnya (bila sihat) ke Bukit Bintang, menghantar kedua orang tuanya ke HKL, menghantar adik-adiknya ke sekolah & menguruskan rumah.

Perbelanjaan keluarga ditampung melalui bantuan JKM sebanyak RM400 dan pendapatan busking ayahnya antara RM50-RM60 setiap kali busking. Disebabkan kekangan penyakitnya, pendapatan jadi tak menentu.

Sekarang saya di Bukit Bintang untuk melihat pakcik ni. Saya telah go thru semua dokumen, dari kad OKU, referral letter HKL sehingga ke dokumen-dokumen HKL.

Saya tanya Puan Nisa bantuan apa yang dapat beri pendapatan tetap untuk keluarganya. Puan Nisa begitu bersungguh-sungguh nak kerja & beri kehidupan yang lebih selesa untuk keluarganya.

Selepas berbincang, saya syorkan kita bantu dari segi:

1. Bantuan tunai untuk tampung kos sara hidup mereka selama sebulan. Whatsapp saya di 019 2720982 untuk saya kongsi nombor akaunnya.

2. Puan Nisa merupakan agen Cuckoo. Kita kongsikan nombor telefonnya kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan penapis air/udara Cuckoo, supaya dia dapat pendapatan untuk bantu keluarganya.

Puan Nisa: 016-966 6875

Leave a Reply

Open chat