SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Business Success Blueprint Ilmu Mahal Business Shaklee

Business Success Blueprint Ilmu Mahal Business Shaklee

Alhamdulillah untuk kelas Business Success Blueprint hari ni. Ilmu mahal yang takkan sama inputnya tanpa menuntut berdepan dengan Master Kak Norita Idris dan Master Naquib.

Baca buku pun takkan sama aura & “lenggok bahasanya”. Belum masuk bercakap soal “case study” yang real dan value yang setiap pemilik bisnes perlu ada dalam mengukuhkan empayar.

Minggu ini minggu ketiga berturut-turut saya musafir ke Klang Valley. Saya yakin dan percaya Allah aturkan semua itu penuh hikmah untuk saya belajar, praktik dan menghargai apa yang saya miliki.

Jumpa Kak N tak bergenang air mata memang tak sah. Teguran lembut dan menusuk tapi tidak sampai buat rasa jauh hati langsung.

Malah sangat-sangat hargai dengan segala pencerahan, doa dan kepercayaan yang Kak N ucapkan pada saya tadi.

Serius kelas Kak N & Suami tak pernah mengecewakan. Dan mereka berdua sentiasa kupas sesuatu dari sisi yang unik tapi praktikal.

Apa yang kau bayar berbaloi untuk apa yang kau bakal bawa pulang.

Dengar ni kawan. Tanam dalam hatimu baik-baik. Ok?

Nak berjaya kena ada mentor.
Nak berjaya kena invest sesuatu untuk upgrade ilmu.
Nak berjaya jangan lokek korbankan masa dan tenaga untuk bertalaqi dengan guru.
Nak berjaya jangan berhenti melangkah dan cuba perkara yang baru.
Nak berjaya dan kekal bertahan, jangan lawan hukum alam.
Nak berjaya jangan buang rasa yakin dan percaya dengan aturan Allah yang satu.

Ya Allah, aku memohon kesabaran orang-orang yang bersyukur pada-Mu, amal orang-orang takut pada-Mu, keyakinan orang-orang yang beribadah pada-Mu. Dan kejayaan dunia akhirat orang-orang yang berjaya diatas jalanMu yang lurus dan benar. Ameen.

Syukur Alhamdulillah.
Tak sabar nak balik jumpa anak-anak 🥰

#shakleebiz
#teamdiva
#jurnalkesyukuran

Leave a Reply