SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Burger Sixty Bites Paling Sedap Di KL

Burger Sixty Bites Paling Sedap Di KL

Hai peminat burger, pernah cuba Sixty Bites? Jangan tertipu dengan penampilan “gerai burger tepi jalan” mereka, kerana mereka menghidangkan antara burger yang paling sedap dan bermutu di KL.

Patty daging lembu mereka adalah homemade daripada bahagian rib eye (mata rusuk) yang berlemak dan dibuat secara segar setiap hari, jadi ia cukup juicy dan penuh dengan rasa.

Malah semua sos dan kondimen yang digunakan dalam burger mereka seperti onion jam dan mustard pickle mayo pun adalah buatan sendiri.

Menu popular:

🔥🔥 Chezburger (beef, wajib cuba) – RM10
🔥 Double Chezburger (beef) – RM17
🔥 Chilichez (beef) – RM14
🔥 Maui (chicken) – RM14
🔥 Hannibal (lamb) – RM17
🔥 Spud Fries (kentang goreng) – RM6

【Sixty Bites TTDI】
Pinggir Zaaba (hadapan BHPetrol)
Taman Tun Dr. Ismail, KL
8pm – 12am (tutup Ahad)

【Sixty Bites Sri Hartamas】
Hawker Hall, No. 22, Jalan Sri Hartamas 8
Taman Sri Hartamas, KL
6pm – 12am

**Cawangan OUG dah tutup.

Leave a Reply

Open chat