SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

BOIKIT DURIAN TIMBANG, MEMANG MAHAL !!!!

BOIKIT DURIAN TIMBANG,  MEMANG MAHAL !!!!

aku sokong boikot ni sbb simpati..kejadian depan mata..

aku dok minum diwarung bersebelahan gerai yg menjual durian. satu kereta wira berhenti, turun lah sibapak dgn isteri dan 4 orang anak berusia antara 3 ke 12 tahun. seronok budak2 tu bapak nak beli durian petang nii.. long story cut short..
pilih punya pilih ambk lah sibapak 4 biji..ditanya kpd Si Penjual sekilo berapa? ..RM20sekilo. bila ditimbang 4 biji td dah mencecah 9 kilo.. RM180.00, boss!..dgn sayu siBapak ucap terima kasih kpd siPenjual dan ajak anak isteri masuk semula kedalam kereta..

Ya Allah,..kenapa nikmatMu mereka dustai..

jika dulu, durian dijual longgok rasa aku 4 biji td mungkin dlm RM40-50 shj.. tp bila ditimbang kilo, harga dah menjangkaui kemampuan rakyat yg berpendapatan sederhana apatah lagi yg berpendapatan rendah.. jika dulu, RM50 durian boleh dimakan sekeluarga, namun sekarang hanya sebiji yg mampu dibawa pulang..

ayuh..boikot penjual² durian kilo ni..tak makan durian setahun belum ada yg meninggal lagi..kasihani lah kepada keluarga² yg teringin tetapi tak mampu membeli..kita bantu turunkan kembali harga durian Malaysia…
“JANGAN JADIKAN YANG KAYA BERTAMBAH KAYA, YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN”

Leave a Reply