SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Blood Test Cantik, Saya Yakin Dengan Produk Shaklee

Blood Test Cantik, Saya Yakin Dengan Produk Shaklee

Permulaan saya terjebak dengan Shaklee pada tahun 2010. Masa tu anak sulung saya suffer eczema yang teruk. Tak boleh pakai disposable diapers. So saya pakaikan dia cloth diapers. Kemudian ada kawan sarankan saya guna Basic H Shaklee sebagai pencuci Diapers dan sebagai mandian anak.

Alhamdulillah berkesan. Sebotol basic H tahan sampai 5-6 bulan.
Saya repeat order setiap 5-6 bulan sekali. Just tanya di facebook kemudian ada lah yang orderkan.
Sampai la satu masa tu saya publish ada sorang tu pm cakap boleh COD.
masa tu dah tahun 2012 mean lepas 2 tahun saya jadi pengguna Basic H. Alang alang ada seller nak COD saya order 2.
Saya rasa kesian pulak order 1. Lagipun saya memang guna Basic H ni.

Bila seller tu COD saya kagum dia datang dengan Honda City dan dia merupakan Tutor kolej yang sedang sambung PHD di USM. Saya kagum dan buka mata. Wow mesti best bisness ni sampai orang hebat macam ni pun join.

Kemudian kami friend di facebook dan start komen2. Dari situ saya kenal lebih banyak produk shaklee dan saya cuba set untuk masalah anak saya yang masa tu selain eczema ada masalah asthma, berat badan susut, kerapsakit dan juga sembelit.
Saya juga order supplemen untuk saya yang ada masalah sakit lutut yang bergantung dengan pain killer.

Belian pertama saya layak join member. Masa beliau minta details tu saya was was gak takut kena suruh buat bisness. Takut la saya mana pernah bisness online. Tak suka la kang paksa2 buat bisness.

Lepas daftar saya dapat starter kit yang ada maklumat produk dan company. Saya buka dan baca. Memang kagum betul dengan Shaklee. Kemudian saya gali lagi info. Saya paling teruja tentang bangunan home office shaklee di Pleasanton , San Francisco yang guna teknology mesra alam.

Lepas makan Shaklee mula mula badan saya dapat reaction. Saya risau! Saya pun buat blood test! Bila dapat result saya kagum wow blood test saya awesome bab kolesterol dan fungsi buah pinggang memang terbaik.

Keyakinan saya bertambah. Saya masih tak minat untuk bisness pun tapi saya sejenis suka update kat facebook apa saya makan dan sebagainya. Bila saya share pasal shaklee dan dah jadi ahli ramai pulak kawan kawan yang selit order. Saya just pass kat seller saya je.

Kemudian bulan tu seller saya bagi saya check bonus Shaklee lebih kurang RM200.
Wow saya teruja sebab saya tak sangka tak sedar pon bisness saya dah bermula semudah itu.

Then saya minta upline saya ajarkan tentang bisness. Bulan September saya mula cabar diri untuk serius bisness.

Alhamdulillah sejak tu momentum saya dalam Shaklee berterusan sampai la saya berjaya naik Master dengan pantas selepas 12 bulan je.

Begitulah kisah nya. Nak jadi cerita Basic H yang saya beli dengan seller saya tu belum habis pun saya dah naik Master Shaklee.

Aturan yang cukup hebat. kita sendiri tak tau potensi kita kalau kita tak cuba.
9 tahun lepas masa saya beli basic H beberapa ringgit tu saya langsung tak sangka jodoh dengan shaklee sejauh ini.

Saya bukan lah pandai bisness pun. Tapi masa tu ingat nak cuba2 je lagipun tak perlu modal pun. Tengok orang lain buat cam best ja.
Cuba2 je lah sebagai part time. dah join terasa bisness shaklee ni seronok. Kita dapat kawan2, support group, caj caj positive.

Sebelum terjebak shaklee selalu rutin harian lepas balik kerja singgah sana sini perabih duit atau pun balik tido , tengok TV , main FB scroll atas bawah lepas involve shaklee hari2 jana duit. duit tu boleh buat macam2 benda yang saya tak mampu sebelum tu.

Zaman sekarang ni kita boleh la cakap duit bukan segalanya. betul juga tapi zaman sekarang nak apa apa pun segalanya perlukan duit. Bukan kata untuk hidup, mati pun perlukan duit. Kalau kita mati anak anak kita perlu duit juga kan sementara mereka berdikari?

Alhamdulillah, Saya tak pernah menyesal dengan pilihan yang saya buat dengan bisness shaklee ni. InsyaAllah saya dah setia selama 7 tahun. Saya harap saya terus setia dengan Shaklee selamanya dan bina legasi Shaklee saya untuk anak anak pula.

Cinta ikat mati. Masa kelas tempoh hari ramai pakat angkat tangan bila saya tanya berapa sini berumur 20-30an? Nampak tak ramai angkat tangan?

Pelapis , Orang baru sentiasa ada untuk
join. Andai kata ada team anda give up , rebah, pitam, hilang, mati tersadai takpe. nak tidur kita selimutkan. Mati kita kuburkan.

Let go dan move on. Itu perkara biasa. Tak semua akan setia. Tak semua mempertahankan cinta.
Biarkan mereka patah asal bukan aku.

Masa akan menentukan kejayaan anda asalkan anda tak give up!

❤️

#projekSpark

Leave a Reply