SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Bila Suri Rumah Tidak Bekerja, Tiada Duit Katanya…

Bila Suri Rumah Tidak Bekerja, Tiada Duit Katanya…

š€ššš š”ššš¦š›šš š€š„š„ššš” š›šžš«š¤ššš­šš ; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.

Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya.

š€ššš š”ššš¦š›šš š€š„š„ššš” š›šžš«š¤ššš­šš ; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 3K sebulan.

Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.

š€ššš š”ššš¦š›šš š€š„š„ššš” š›šžš«š¤ššš­šš ; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.

Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan.

š€ššš š”ššš¦š›šš š€š„š„ššš” š›šžš«š¤ššš­šš ; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.

Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit.

š€ššš š”ššš¦š›šš š€š„š„ššš” š›šžš«š¤ššš­šš ; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.

Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.

š’ššš²ššš§š š¤š® š›šžš«š¦š®š„š®š­ š›ššš°ššš§š  ; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.

Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku.

Hati-hati bila berbicara
Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.

Copy & paste
Kredit by:
-Suaidah Zakuan-

Leave a Reply

Open chat