SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Bila Mula Orang Tuding Kita Salah

Bila Mula Orang Tuding Kita Salah

Assalamualaikum semua.

Orang yg kita percaya, letak harapan yg tinggi belum tentu percaya & letak harapan yg tinggi pada kita. Orang yg kita pernah bantu, belum tentu akan bantu kita semula. Orang yg kita sayang belum tentu akan sayangi kita semula.

So, berbalik pada asas. Takda siapa akan bantu kita waktu susah. Ramai akan mula menuding salah kita, mencari silap & berkata2.

Manusia ni, depa gemar melihat salah orang lain dari salah sendiri, sama lah macam kita. Kita pun macam tu kadang2 kan? 😅.

Sebab tu nak berjaya, jangan bergantung dengan siapa2. Keep dalam diri, biar aku bina kejayaan untuk orang, jangan berharap orang yg bina kejayaan untuk aku.

So apa jadi, kita taw kita tak boleh bergantung harap dekat sesiapa kecuali diri sendiri.

Bangkit & terus melawan rasa marah, geram atau sakit hati dekat siapa pun yg kita rasa tak bantu kita, tak layan kita, tak sayang kita.

Rasa2 macam ni hanya melemahkan kita. Jangan dilayan.

Sedangkan bayang2 kita sendiri tinggalkan kita dalam kegelapan.

Nasihat untuk diri aku jugak terutama yg kadang2 terasa dengan sikap manusia & terlupa yg dalam hidup ni jangan buat untuk puaskan manusia tapi buat untuk Allah swt.

SEMOGA HARI NI LEBIH BAIK UNTUK KALIAN SEMUA 🌹.

Leave a Reply

Open chat