SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Bila Kita Salahkan Tuhan …

Bila Kita Salahkan Tuhan …

TIDAK SEDAR TUHAN DIPERSALAHKAN

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja, seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya.

“Tak makan ka?” Dia menegur.

Tidak, saya masih kenyang”. Balas saya.

“Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja..” Dia merungut.

Saya menjawab:

“Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah. Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama”.

Dia terdiam, merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca menyedari hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita, sedap ke tidak, berkenan ke tidak, tinggal kuah dan nasi saja ke, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.

Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, mereka tentu telah berusaha untuk mencukupkan, bahkan cukup atau tidak, terletak kpd ketentuan Allah.

Jika anda singgah di R&R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban kering dgn sambal belacan, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.

Jika tiada rezeki, lauk dimasak jd hangit, periok terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana TAKUT KITA TERSALAHKAN TUHAN..

Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan, bersyukurlah dgn apa yg ada.

Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha, moga tuhan juga meredhai. Nabi menegah perbuatan mengeji makanan, makan apa yg kita suka, tinggalkan yg tidak suka.

Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

-Sharing dr Ustaz ABD GHANI HARON

Leave a Reply