BIG WHY UNTUK MULAKAN BISNES

BIG WHY UNTUK MULAKAN BISNES

Semua orang ada impian. Semua orang ada perancangan masa depan. Begitu juga dengan Liya. Impian Liya besar. Hehe. Ini turning poin kenapa Liya terus mulakan bisnes Shaklee walaupun sudah ada kerja tetap. Tanpa toleh ke belakang, tanpa fikir apa risikonya, tanpa terlintas apa susah payahnya. Jalan terus, katanya. Hehhe.

Begini, dunia sekarang semakin mencabar dengan pelbagai tekanan dan cabaran. Tekanan dari segi gaya hidup dan tekanan kewangan. Namun, itu bukan titik tolak utama untuk Liya mulakan bisnes dan join bisnes Shaklee.

Gambar Credit To : Aku Islam

Ada seorang guru yang berpesan kepada Liya semasa Liya utarakan cadangan Liya untuk mulakan bisnes Shaklee. Beliau pesan, kunci utama dalam setiap pekerjaan kita adalah niat kita. Sabda hadis Nabi SAW bermaksud ‘Setiap amalan bermula dengan niat dan bagi setiap orang itu akan memperolehi dengan apa yang diniatkan.”

Di sini Liya kongsikan sebab musabab  atau big why kenapa Liya mulakan bisnes Shaklee;

1. Sunnah Junjungan Nabi SAW

Gambar Credit To : Harian Metro

Awal kalam perbualan dengan guru Liya, beliau nasihatkan Liya untuk pegang poin ini. Perniagaan ialah suatu sunnah. Sunnah Nabi Muhammad SAW. Sudah tertulis dalam sirah dan perjalanan sejarah nabi bahawa perniagaan ini merupakan satu pekerjaan yang dilakukan oleh para nabi dan alim ulamak.

Guru tekankan juga bahawa medium untuk mendapatkan rezeki yang halal, bersih dan yang paling utama adalah keberkatan. Hadis nabi SAW bermaksud, ‘Sembilan per sepuluh dari rezeki adalah berniaga’. JAdi disini beliau sangat bersetuju untuk Liya terlibat dengan bisnes Shaklee kerana bisnes apa pun adalah suatu sunnah. Jika kita raikan sunnah bisnes dengan hati yang ikhlas, kita akan dapat pahala. Yes, poin atau big why yang kuat untuk Liya since Liya suka bisnes. Hehehe.

2. Tuntutan Agama Dalam Hubungan Masyarakat Islam

Gambar Credit To: Usahawan

Dalam masyarakat Islam, meraikan saudara seagama yang kurang berkemampuan sangat baik melalui tuntutan zakat, sedekah, infak dan derma. Ini adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam agama Islam sendiri supaya bersedekah kepada yang memerlukan. Guru Liya selalu berpesan bahawa orang Islam kena kaya dan mengkayakan orang lain.  Jadi, duit kena banyak. Nak dapat duit banyak, salah satu cara melalui bisnes. Secara tidak langsung tuntutan ini jika diamalkan akan  menjadi “pulangan” kepada masyarakat sendiri dan sebagai saham kita di akhirat kelak. In sha Allah. Niat utama Liya join bisnes Shaklee adalah untuk jadi kaya dan berjaya serta mengkayakan orang Islam yang memerlukan. doakan ya!

3. Rancangan Pelaburan Kehidupan

Gmbar Credit To : AIA

Dalam sesebuah rumahtangga yang dibina, suami isteri akan duduk berbincang tentang pelaburan jangka masa panjang atau pendek. Begitu juga dengan Liya. Liya telah mendapat izin suami (my big supporter) untuk mulakan binses sebagai cara mengumpul aset untuk jaminan masa hadapan. Jika kita lihat trend sekarang, ramai antara kita ingin memiliki harta seperti rumah,kereta , tanah, simpanan hari tua kita dan sebagainya.

Dan ini juga menggalakkan aktiviti menabung untuk Liya dan keluarga. Maka, salah satu tujuan utama (big why) Liya join bisnes Shaklee ialaih untuk tujuan ini. Kumpul harta, kumpul aset, kumpul duit! Sudah ramai yang membuktikan bisnes Shaklee mampu memenuhi impian mereka yang ini. Ramai yang telah menjadi Jutawan Shaklee dan menggapai apa sahaja impian hidup hasil daripada bisnes Shaklee.

4. Impian Untuk Hidup Senang & Kaya Berjaya 

Gambar Credit To: Usahawan

Selepas mendirikan rumah tangga, Liya dan suami merancang untuk memiliki rumah dan kereta idaman. Impian yang lain juga sangat banyak. Hehe bukan tamak, tapi tak salah kan untuk bermimpi, Chewah! Antaranya ialah impian untuk hidup senang dan menjadi kaya. Kami tahu, dengan Shaklee semua impian ini menjadi kenyataan. Sebab itu Liya tekad untuk serius dan terus kekal dengan bisnes Shaklee.

Ironinya, manusia ingin hidup senang dan tidak mahu meminta-minta. Bertepatan dengan hadis Nabi SAW bermaksud ‘Hampir-hampir kemiskinan menjatuhkan diri kepada kekafiran’. Berdasarkan hadis ini kita dapat jadikan sebagai sandaran dalam kehidupan ini bahawa membasmi kemiskinan itu satu tuntutan dalam masyarakat madani.

5. Proses Untuk Upgrade Diri

Salah satu yang seronok dalam bisnes ni ialah proses upgrade diri Liya amat pantas berlaku. Dalam dunia bisnes ni Liya terlibat secara meluas dalam lapangan ilmu terutama ilmu dalam bidang perniagaan. Guru Liya pesan, jika ingin berniaga harus mengenali perwatakkan karakter seseorang, keadaan sosio masyarakat, iklim, ekonomi, pergaulan setempat dan sebagainya. Ini antara ‘resepi’ kejayaan bagi seseorang yang ingin mengutip mutiara ilmu berharga dalam perniagaan. Tidak ada istilah malu dalam mempelajari sesuatu ilmu. Nak berniaga, tak boleh malu! Nak berniaga, kena upgrade ilmu, upgrade diri!

6. Pemikiran dan Gaya Berfikir Lebih Kreatif

Gambar Credit To: Majalah Niaga

Alhamdulillah sejak bergelumang dengan dunia bisnes ni, diri Liya dah banyak improve ke depan. Dengan bisnes ni, Liya dapat jana kreativiti dan keupayaan berfikir di luar jangkaan Liya selama ini. Dalam perniagaan terutama bisnes Shaklee, Liya harus bersedia untuk menghadapi masalah sama ada besar atau kecil. Kesannya Liya berbangga dapat melahirkan keupayaan sendiri dan modal insan yang sangat hebat kurniaan Allah Taala. Kalau dulu malu nak buka mulut, sekarang sangat konfiden nak approach orang. Kalau dulu malas nak fikir stategi bisnes, sekarang kena ligat fikir apa cara untuk majukan bisnes dan kembangkan team #DarliyaGroup. Syukur Ya Allah.

7. Kesihatan Lebih Baik Dan Terjaga

Shaklee ialah sebuah company yang menghasilkan suplement terbaik. Satu kelebihan utama Shaklee sebab Shaklee ada landmark study. Landmark study ni bahasa mudahnya ialah kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis terhadap produk-produk mereka. Yang bestnya, kajian saintifik dilakukan ke atas manusia tu sendiri . Kajian bukan dilakukan ke atas haiwan. Sejak Liya amalkan supplement Shaklee. Kesihatan Liya dan ahli keluarga termasuk mak ayah dan mertua banyak improvement. Memang banyak sangat  berubah. Kami lebih sihat, mak ayah lebih cergas. Seronok tak terkata. Maka dengan itu, Liya nekad nak berkongsi tentang kebaikan supplement Shaklee. Rasa bersalah kalau tak kongsi. Ramai yang memerlukan. Ini juga tujuan utama Liya memang fokus jual supplement Shaklee.

Nasihat Penting Guru Dalam Bisnes

Liya sangat berpegang kepada nasihat guru Liya iaitu perniagaan yang kita jalankan sama ada secara langsung mahupun tidak haruslah dijadikan jambatan untuk keredhaan Allah Taala. Seumpama seorang pedagang yang mana akan meneruskan perjalanan yang jauh kerana ia tahu bahawa tempat persinggahan yang ada depan mata ini hanyalah sementara sahaja. Kejar akhirat, dunia akan datang bergolek. Maka, marilah kita jadikan perniagaan (bisnes Shaklee) sebagai asbab untuk masuk syurga Firdaus yang kekal abadi. In sha Allah.

Nak Jadi Partner Bisnes Liya?

Anda ada impian besar? Anda ingin jadi kaya dan berjaya? Jom Liya pelawa anda semua untuk jadi partner bisnes Liya. Liya akan pastikan Liya capai segala cita-cita dan impian kita. Semua big why yang tersenarai akan menjadi kenyataan. In sha Allah dengan izin Allah.

Hubungi Liya segera untuk jadi #protegeDarliyaGroup

Liya: 019-9590635

Follow Ig & Fb: Daliya Mat Dari

Liya,

Your Top Bisnes Mentor

 

 

mamiligat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: