SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Betulke Haji Berdua Macam Honeymoon ?

Betulke Haji Berdua Macam Honeymoon ?

Betul ke Berhaji Berdua Umpama Honeymoon?

.
Begitulah menurut rakan-rakan saya yang terdahulu menunaikan haji bersama pasangan masing-masing

Ternyata ia benar dan tepat sekali.

Kami pernah mengerjakan umrah bersama. Berdua pernah. Dgn anak2 juga pernah. Tinggal sebilik. Semasa berdua, ya rasa honeymoon. Tapi sama saja lah seperti ke tempat-tempat lain berdua pun.

Bila berhaji (muassasah), bilik diasingkan. Walaupun satu keluarga cukup utk menghuni sebuah bilik, tp tetap diasingkan utk jemaah lelaki dan perempuan.

Waduh, detik itulah yang benar2 mengundang rindu yang benar2.

Tambahan pula kami tak pernah berpisah sejak 12 tahun yg lalu. Ke mana2 berdua. Orang kata menempel saja.

Bermula lah episod ‘macam budak asrama’. Nak jumpa kena berjanji. Dah jumpa pun tak boleh buat seperti di rumah. Betul2 macam budak sekolah dating. Time nak balik ke bilik masing2 itu lah saat paling tak suka.

Lagi pula saya dgn mak mentua… nak dating2 selalu pun tak boleh. Bila jumpa sekali dgn mak mentua, kenalah behave.

Mula lah pandai nak curi-curi keluar, curi-curi dating. Curi-curi…. Hehe.

Mana tidak subur kembali rasa rindu yang bertamu. Ewah.

Selamat ber-honey moon kepada rakan2 yang bakal melaluinya ♥️

Leave a Reply