SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Berdosa Ke Ada Pelaburan Banyak dalam ASB ?

Berdosa Ke Ada Pelaburan Banyak dalam ASB ?

APA DOSA PUNYAI PELABURAN/TABUNGAN YANG BANYAK?
.
Orang banyak duit pun dijadikan satu masalah. Takkan orang Melayu tak layak ada banyak harta dan tidak boleh bijak mengambil peluang?
.
Apa ISU ASAS yang ingin diselesaikan?
🎯 Merapatkan jurang perbezaan pelaburan/tabungan ASB & TH; ataupun
🎯 Menaikkan nilai pelaburan pemegang unit terkecil?
.
JALAN MUDAH yang diusulkan bagi menghadkan pelaburan/tabungan ini bakal menghukum golongan pelabur ‘risk averse’ dari melabur dalam dana yang diuruskan dengan baik. Walaupun ianya satu jalan singkat untuk merapatkan pekali Gini, ia tidak mendatangkan faedah dalam meningkatkan aset pelabur Bumiputera khususnya, kerana median dan purata pelaburan dalam ASB akan turut menyusut.
.
SOLUSI yang lebih baik adalah dengan membantu pemegang unit terkecil ini. Bukan setakat pegangan aset dapat ditingkatkan, pekali Gini dirapatkan, malah median dan purata pelaburan dalam ASB juga meningkat. Kenapa perlu pilih jalan singkat jika ada solusi yang lebih menyeluruh?
.
Tetapi sebelum dibantu, haruslah FAHAMI sebab asas tabungan mereka yang sedikit supaya pendekatan yang bakal dirangka berhasil.
🎯 Adakah disebabkan kedudukan ekonomi?
🎯 Adakah disebabkan kurangnya kesedaran tentang pelaburan dan pengurusan kewangan?
🎯 Adakah ianya pilihan sendiri kerana pulangan pelaburan agak rendah berbanding kemampuan mereka?
🎯Ataupun sebab-sebab lain?
.
Solusi bagi meningkatkan pelaburan pemegang unit terkecil memang susah tetapi lebih berkesan. Bila sudah berada di atas, usah MALAS berfikir dan bekerja. Mungkin kerana terlalu selesa ambil jalan singkatlah aspirasi kerajaan dahulu kurang membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
.
Wallahu a’lam. Salam Jumaat.
.
#SembangKedaiKopi
#Sama2UntungSama2Makan
#JanganCiptaMasalah
#BuangPhD

Leave a Reply