SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Berdakwah Tugas Mulia Manusia

Berdakwah Tugas Mulia Manusia

Berdakwah Tugas Mulia Manusia

-Satu kewajipan kepada semua umat Islam.

-Terpulang pada usaha dan keringat yang kita mampu.

-Mungkin bukan dengan ucapan, boleh juga dengan tenaga, kemahiran, idea atau wang ringgit.

-Berdakwah adalah tugas para rasul yang diwarisi kepada kita semua dengan sabda baginda Rasulullah SAW بلّغوا عنّى ولو أية -sampaikanlah daripadaku (Islam) walau dengan sepatah perkataan..

-Berdakwah tugas mulia insan kepada insan yang lain.

-Berdakwah adalah menyantuni, membimbing, menyayangi, mengasihani, mengempati, membantu, memotivasi, membetul, mentauhid, menjiwai insan yang kita sayangi atau yang kita tidak sukai kembali kepada Allah dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

– Berdakwah tugas ibu, tugas ayah, tugas ketua, tugas abang, tugas kakak, tugas jiran tetangga, tugas adik, tugas Dato’, tugas Datuk Seri, tugas Tan Sri, tugas seluruh muslim dan bukan hanya tugas ustaz,lebai,kiyai,guru atau
muallim.

-Penerima dakwah kita adalah isteri,suami,anak,ibu,ayah,adik beradik,saudara mara,jiran tetangga, anak buah, pekerja, masyarakat, sahabat,kenalan dan sebagainya.

-Tugas berdakwah tugas mulia dan perlu dilaksana secara penuh mulia, penuh hormat, penuh kasih sayang, penuh santun, penuh adab, penuh ikhlas, penuh ilmu, penuh komitmen dengan objektif diredhai Allah.

-Berdakwah membawa rahmah, membawa mawaddah, membawa islah, membawa sakinah, membawa sa’adah, membawa tarbiah, membawa fikrah, membawa hadharah dengan sekuat mujahadah.

BERDAKWAH ADALAH TUGAS KITA SEMUA YANG DISARANKAN OLEH RASULULLAH SAW.

Jom sertai @dakwahglobal

Leave a Reply