SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Bahaya Sebatian Kimia Pasir Gudang Acrylonitrile

Bahaya Sebatian Kimia Pasir Gudang Acrylonitrile

Dalam banyak-banyak bahan kimia yang disenaraikan, yang paling merisaukan adalah acrylonitrile. Sejenis sebatian kimia yang mempunyai fungsi nitrile CN dengan ikatan berganda tiga, dan merupakan bahan yang digunakan dalam industri pembuatan plastik contohnya getah sintetik, ABS, dan ASA.

Apabila kita terdedah kepada acrylonitrile, badan kita akan menukar sebahagian acrylonitrile kepada sianida. Kepekatan yang tinggi menyebabkan keracunan sianida. Manakala kesan toksik yang tidak dikaitkan dengan pembentukan sianida melibatkan pembentukan kumpulan vinil dan perantaraaan epoksida yang berisiko mencederakan hati.

Acrylonitrile adalah cecair berwarna jernih dengan bau seakan -akan bawang atau bawang putih. Ia merupakan cecair mudah meruap dan mempunyai takat didih pada suhu 77 darjah selsius.

Pendedahan melebihi 85 ppm boleh membahayakan nyawa. Antara kesan dari pendedahan acrylonitrile adalah pening kepala, muntah, hilang keupayaan berfikir, susah bernafas, lemah anggota badan, sawan, blister pada kulit, mata kemerahan, dan pengsan.Pendedahan tinggi menyebabkan kesan toksik akut antaranya kecederaan hati akut, iritasi mukosa saluran pernafasan, dan keracunan sianida.

Elakkan dari berada kawasan kejadian, dan hendaklah sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa. Topeng muka biasa tidak akan melindungi anda dari gas beracun ini. Jika anda terpaksa menghampiri kawasan pencemaran, ikutilah pemakaian personal protective equipment yang betul.

PS: Tahukah anda, sianida ada di dalam makanan kita antaranya almond, ubi kayu dan biji aprikot. Namun ia tidak pernah menjejaskan kesihatan kita. Ini kerana konsep toksikologi adalah the dose makes the poison. Pada dos yang rendah ia tidak membahayakan manusia.

Tambahan: kita masih belum mengetahui berapakah kepekatan setiap bahan kimia ini. Kemungkinan tidak seteruk berbanding jika hanya ada acrylonitrile sahaja sebagai polutan. Namun, maklumat tindakbalas antara campuran ini tidak dapat saya pastikan kerana ia bukan kepakaran saya. Jangan panik dan ikut arahan pihak berkuasa.

Rujukan:

ASTDR .Acrylonitrile. https://www.atsdr.cdc.gov/mmg/mmg.asp?id=443&tid=78

Acrylonitrile, PubChem. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/acrylonitrile

Leave a Reply