SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Bab Usaha Bergantung Pada Allah Sepenuhnya

tazkirah rezeki dr grup sblh

**
Kita kena paham ni bab usaha ye..

Orang bisneslah kena bergantung sepenuhnya pada Allah taala. Bukannya bergantung kepada strategi dan marketing semata-mata.
.
Kat sini kita nak didik mereka kembali percaya pada Allah. Dengan dhuha adalah asbab kepada banyaknya sales. Bukannya asbab marketing semata-mata.
.
Kat sini kita nak didik untuk benar-benar yakin bahawa modal perniagaan itu dari Allah. Allah Maha Kaya. Allah yang memerintahkan agar agamaNya dibela diperjuangkan, sudah tentu Allah juga yang memberi wang dan modal. Antara sebesar-besar cara mendapatkan sumber kewangan ialah dengan mengusahakan sifat takwa.

Firman Allah:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

‏dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala masalah)

‏Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya
.
Sebab ada hamba Allah hanya dengan sedekah dengan dhuha je sales masuk padahal dia tak buat marketing apa pun.
.
Kalau kita percaya kita dapat dari usaha kita adalah syirik. Sebab usaha kita. Bukan asbab Allah. Isunya mudah je.
.
Dia orang bisnes yang tak faham konsep rezeki. Apa-apa kena balik pada yang ‘atas’.

Jangan persendakan amalan dhuha atau sedekah. Kerana ianya termasuk dalam larangan persendakan agama. Hatta buat lawak sekalipun

Kan Allah dah kata barangsiapa zikir sekian-sekian aku beri rezeki sekian2. Itu jaminan siapa kita nak lawakkan?

Dhuha pembuka rezeki. Kita siapa nak gelakkan hukum Allah?

Kita lebih percaya kalau tak buat marketing orang tak nampak atau orang tak beli. Habis kalau orang nampak tapi tak beli adakah sebab marketing tu jugak?

Tak.. Tapi sebab hati tu Allah yang pegang.

Janganlah perlekehkan amalan sedekah atau amalan2 islam dalam soal rezeki. Allah dah jelaskan terang dah.
.
Istighfar – ada part rezeki
Dhuha – ada part rezeki
Tawakal – ada part rezeki.
.
Itu janji Allah.
.
Kita nak pertikai lagi dah kenapa. Buat je.

Ada.. Contoh kedai makan cikgu pernah pergi.
.
Kedai tu corok. Kalau ikut logik memang takkan jumpa kedai dia tu sebab pedalaman. Kena masuk dalam sikit naik bukit sikit baru nampak. Ingatkan rumah org pa dia. Rupanya kedai.
.
Banner apa takdak. Kedai tu jual roti canai dan nasi gulai kawah ja. Sales dia 30 ribu sebulan.
.
Tanya lah tauke dia. Apa dia buat sampai camtu. Marketing apa takdak.
.
Dia kata dia jaga solat ja. Dan pesan dia jangan dengki kianat dengan orang.
.
Bulan puasa dia cuti niaga sebulan terus fokus ibdah puasa. Kata dia. Kalau Allah beri dia Sebelas bulan cari rezeki. Takkan sebulan takleh rehat buat ibadah pada Allah…
.
Marketing dia mulut ke mulut je. Dia pun tak tau dari mana makin duk ramai datang hari-hari.
.
Marketing mulut ke mulut tu kerja Sapa kalau bukan Allah?
.
Dia jaga Allah, Allah jagalah dia.
.
Dengan Allah memang super tak logik pun. Jangan samakan dengan logik akal kita. Nak sales je kena marketing. Tak jugak.
.
Marketing kita tu sebagai tambahan ja. Usaha kedua. Allah yang pertama, marketing kedua. Takda larangan nak buat marketing dalam islam. Ia cuma cara dan strategi sampingan.

Dhuha
Solat
Sedekah
Zikir
.
Diorang faham ibadah. Diorang tak faham tu rupanya bentuk usaha juga. Duk ingat buat merketing, belajar bersungguh tu ja konsep usaha.
.
Doa pun satu usaha tapi depa ni tak tau kata doa tu rupanya usaha. Tu yang doa nak taknak jaaa

Semoga Bermanfaat

▶ http://bit.do/RAHSIAMAGNETREZKI

▶ http://bit.do/Komuniti_E_Rezeki

Leave a Reply