SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Apa Yang Kita Dapat Bila Kita Bersabar ?

Apa Yang Kita Dapat Bila Kita Bersabar ?

Apa yang kita dapat bila kita bersabar?

Seorang ustaz memberitahu ada hadis mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah memerhati 2 orang manusia. Si A sedang memarahi si B. Si A mengeluarkan kata-kata yang tak disenangi tetapi si B tetap bersabar dan tak membalas sedikit pon.

Setelah sekian lama, si B hilang sabar lalu dia pon membalas kata-kata si A. Dengan serta merta Rasulullah saw meninggalkan majlis tersebut. Para sahabat yang ada bersama turut mengikut Rasulullah saw.

Kemudian seorang sahabat bertanya kenapa Rasulullah saw tinggalkan majlis itu? Lalu Baginda saw menjawab tadi ketika si A sedang mengata si B, dia bersabar. Oleh yang demikian, malaikat-malaikat mengelilingi si B. Sebaik si B mula membalas, malaikat-malaikat terus meninggalkannya. Sebab itu Rasulullah saw pon meninggalkan majlis tersebut.

Allah suka kepada orang yang sabar, dan malaikat juga suka dengan orang yang sabar. Maka jika kita hilang sabar, Allah akan meninggalkan kita dan para malaikat juga akan meninggalkan kita.

Majlis yang mana malaikat suka, maka di situ syaitan tidak suka. Majlis yang syaitan suka, maka di situ malaikat tidak suka.

Jangan kita anggap kesabaran kita itu tiada hasilnya. Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar 😊

Leave a Reply