SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Apa Nak Buat Dengan Gaji ? Bayar Hutang DULU !!!

Apa Nak Buat Dengan Gaji ? Bayar Hutang DULU !!!

Hari ini adalah hari gaji untuk penjawat awam. Dapat duit gaji terus sisihkan perkara berikut ya :

1) Hutang orang. Ni wajib letak no satu. Banyak ke sikit kau bayar nombor dua. Yang penting, BAYAR.
2) Nafkah isteri.
3) Sewa rumah.
4) Segala jenis bil.
5) Kirim kat orang tua.
6) Sedekah.
7) Simpanan.

Ramai buat dari nombor 2 hingga 6 sahaja. Nombor 1 mereka buat-buat hilang ingatan.

Lepas tu mula merungut duit tak cukup, rezeki susah, rumah tangga tak aman, cakap kena sihir dan segala macam.

Rupa-rupanya hutang orang dia ambil remeh. Buat-buat lupa dan tak mahu selesaikan. Maka hidupnya sentiasa dalam maki hamun dan doa yang tak baik dari pemberi hutang.

Kau hutang dia kau tak bayar. Sebenarnya kau aniayai dia. Dan tahukah engkau doa orang teraniaya ini tiada hijab dan mudah makbul?

“Hutang aku tak bayar. Tapi pergi melancong sana sini makan mewah-mewah. Harap-harap bisnes mamat tu jatuh bankrap lah.”

Kau kena doa macam tu 40 kali, maka tak mustahil bankrap betul kau. Lepas tu mula kata orang dengki, orang sihir bagai.

Padahal punca dari diri sendiri.

Maka sentiasa ingatkan diri. Ada hutang, bayar.

Sekian.

#MFS

Leave a Reply