SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Apa Maksud Dunia Di Hujung Jari ?

Apa Maksud Dunia Di Hujung Jari ?

Hari ni nak Cerita tentang Dunia diHati

Apa pengertian dunia dihati pada anda? pasti anda kata “saya tak pernah letakkan dunia dihati, saya hidup simple je bukan mewah pun”

Orang selalu salah anggap dunia dihati hanya sesuai untuk mereka yang kaya raya, mereka yang mewah dengan banyak harta dan wang. Kalau anda juga fikir begitu, fikir semula selepas membaca tulisan saya yang berikutnya.

Berapa ramai antara kita yang sering risau dengan masalah? tak kiralah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah ditempat kerja, masalah hubungan suami isteri dan pelbagai jenis masalah lagi. Anda sekarang ada masalah sedang dihadapi? Asyik memikirkan penyelesaian sehingga stress dan depress?

Jika Ya, itulah maksudnya dunia di hati. Hati, atau Qalbu kita seharusnya hanya “ada Allah” bukan masalah bukan juga benda benda lain. Bukan sehingga kita depress memikirkan benda benda dunia. Saya pun begitu, masih kadang kadang tidak bijak dalam membezakan dunia dihati dan dunia dihujung jari.

Orang kaya yang baik hati tiada istilah dunia di hati, tapi harta mereka digunakan untuk jalan mereka menuju syurga Allah. Mereka dah tak hirau pun takut tak dapat miliki harta dunia sebab yakin Allah terus akan mengurniakan mereka kekayaan jika mereka terus bersedekah dan menginfaqkan harta mereka kejalan Allah.

Cuba kita, nak jadi kaya pun macam macam fikir, takut jadi jahat, takut harta menjadikan kita lupa. Belum kaya dah fikir negetif. Siapa sebenarnya yang letak dunia dihati?

Bagaimana nak buang dunia dan benda benda lain dari hati kita? Pertama, ingatkan diri kita, ujian datang dari Allah, dia juga penyelesaiannya. Minta…minta..minta dari dia. Jika mula rasa hati tak tenang dengan masalah, pejam mata dan sebut dalam dalam “La illaha illallah… tiada Tuhan Melainkan Allah” pastikan sampai kehati kita yer.

Yakin dan ingat…Jika kita minta rezeki dr Allah RM10, atau minta pada Allah RM10,000….ia tetap sama “mudah” untuk Allah kurniakan. Pada Allah tiada yang mustahil dan susah. Allah kan dan janji untuk beri Kekayaan dan kecukupan. Life with Abundance

Jaga hati kita. Jaga fikiran kita.

Hearts❤+Toughts💆 are the powerfull prayers

#GMFClans
#LifewithAbundance
#Lovemyself

Leave a Reply

Open chat