:: Darjah Kebesaran Ahli Mahkota (A.M.S) Selangor ::

Salam semua. Liya berasa sangat terharu untuk memulakan entry ini. Apa tidaknya, sedang Liya teringatkan keluarga angkat di Batu Laut, Kuala Langat– tempat Liya berteduh daripada hujan panas dan menumpang kasih selama 3 tahun berkhidmat di Batu Laut dari 2008-2011, selang beberapa minit, Mak Anjang Azura (tuan rumah) menghantar beberapa keping gambar Kiki (Ahmad Syukri Abd Aziz-satu-satunya anak lelaki mereka) yang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor semalam 11 Disember 2014 bersama teman sepasukan Kategori 420, Faizal. Masya-Allah, betullah orang kata, jika kita teringatkan seseorang, rupanya pada masa yang sama, orang itu juga sedang teringatkan kita. Brain-connection orang kata. 
Liya kenal Kiki sebagai seorang anak yang sangat taat kepada kedua orang tuanya. Malahan sangat merendah diri serta mengambil berat tentang orang di sekeliling. Hatinya menjadi ampuh dan kuat dek kerana berjauhan daripada keluarga sejak masih berhingus. Atas dorongan keluarga, beliau menceburi bidang Sukan Layar dari bangku sekolah rendah dan menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Akhirnya, beliau ditawarkan ke Sekolah Sukan Layar yang berpangkalan di Langkawi, Kedah.
Bukan senang nak senang. Kiki berusaha tanpa jemu dan jatuh bangun dengan kudrat dan sifat tawakkal pada Allah Yang Satu. Sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi menjadi modal utama untuk terus berdiri gagah. Mak Anjang dan Pak Anjang yang Liya kenal sangat menghormati keputusan anak serta terus memberi sepenuhnya semangat.
Sepanjang Liya berada di Batu Laut, Liya sempat menyertai Kelab Sukan Layar Kuala Langat yang berpusat di Pantai Batu Laut. Kelabnya sangat aktif dan mengadakan latihan pada setiap hujung minggu. Ahli pasukan (pelayar) didedahkan dengan latihan yang konsisten dan berpeluang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Liya juga pernah berpeluang menyertai Regatta di Sabah. Seronok! Sebab boleh naik belon. Hehehe.
Berbalik pada cerita Kiki, beliau bersama rakan sepasukan, Faizal telah mengharumkan nama negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon baru-baru ini dengan memenangi Pingat Emas acara 420. Sungguh membanggakan. Lebih membanggakan, beliau akan memulakan pengajian di UiTM Arau, Perlis pada Januari nanti. Siapa kata bersukan akan menyebabkan pelajaran merosot? Lihat dan contohilah Kiki dan Faizal. Mereka sama-sama akan memulakan pengajian di UiTM.
Kiki bersama Pak Anjang (Abd Aziz bin Abas-bapa) & Mak Anjang (Azura binti Ali-ibu) semasa menerima darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor. Ohh kacaknya Kiki. Dah besar kau, dik!
Sultan Selangor menyampaikan pingat kepada Kiki. Beliau kini dalam fasa Cuti Sakit kerana sedikit kecederaan dan akan memulakan pengajian di UiTM, Arau pada Januari. UiTM Arau dipilih untuk memudahkan sesi latihan Sukan Layar pada setiap hujung minggu di Langkawi, Kedah. Chayok-chayok, Kiki!!
Siapa lagi segak? Pak Anjang, Faizal dan Kiki?? Hehehe. Tahniah Wira Negara!
FAKTOR KEJAYAAN:
1– Tiada usaha tanpa lelah. Berlelah pasti dikunjungi sinar kejayaan. Itu janji yang pasti!
2– Doa restu ayah ibu senjata paling kuat. Redha Allah hanya selepas redha ibu dan ayah!
3– Berpijak di bumi nyata berpayungkan langit Ilahi, menjadi gembala kerbau yang setia di belakang tempat berpijak walau punya sayap untuk mengerbang jauh.
4– Lihat makhluk di sekeliling yang sentiasa tersenyum dengan doa serta sinar harapan setiap kali kaki getar lumpuh untuk bergagah. 

mamiligat

6 thoughts on “:: Darjah Kebesaran Ahli Mahkota (A.M.S) Selangor ::

  1. I wanted to create you one bit of remark to be able to say thank you over again just for the great methods you’ve discussed on this page. It’s certainly incredibly generous with you to convey extensively exactly what many of us would’ve supplied for an e-book in making some bucks for their own end, primarily since you might well have done it in case you wanted. Those smart ideas additionally served as a great way to fully grasp other people online have the same keenness really like my personal own to know the truth a great deal more when it comes to this matter. I think there are thousands of more fun situations ahead for individuals who scan your blog.

  2. Thanks for your post. I would love to say that a health insurance dealer also utilizes the benefit of the coordinators of the group insurance policy. The health broker is given a summary of benefits needed by a person or a group coordinator. Exactly what a broker does indeed is look for individuals as well as coordinators which best fit those needs. Then he reveals his referrals and if all parties agree, the broker formulates a binding agreement between the two parties.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: