SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

amalkan-doa-ini-jika-tinggalkan-anak-pada-pengasuh-atau-orang-lain

amalkan-doa-ini-jika-tinggalkan-anak-pada-pengasuh-atau-orang-lain

Perkongsian rezeki ini datangnya daripada salah seorang fans.

I share cerita ni semula kat sini dengan lebih ramai orang supaya ada yang dapat manfaat dan belajar sesuatu kenapa kadang rezeki seorang lelaki atau suami tersekat.

So, jom baca.

“Saya banyak baca status Cik Hajar. Banyak membina dan saya ada pengalaman jugak tentang rezeki ni.

Saya dan suami dah kahwin 5 tahun. Allah anugerahkn saya suami yang baik tapi baran.

Suami amat hormati ibu ayahnya. Hinggakan bila dapat gaji, dia akan lebihkan beri kepada ibu dan ayahnya untuk harapkan keberkatan.

Namun, apa yang berlaku ialah ketika dia buat begitu, nafkah terhadap anak isteri pula yang terabai.

Suami saya tak boleh duduk lama-lama dalam sektor pekerjaan dan hampir 2 bulan dia akan mohon kerja lain.

Satu hari dia dipanggil untuk hadir sesi temuduga. Dia prepare semua dengan rapi untuk jalani ujian dan ayahnya siap ada kabel nak bantu dia dapat kerja tersebut. Tetapi akhirnya jadi susah untuk dia lulus temuduga tersebut.

Dengan sedikit ilmu yang saya ada, saya nasihatkn suami berhijrah. Saya ni duduk Kedah, suami duduk Johor. Jadi, dia tak tinggal bersama dengan mak ayah saya.

Sepatutnya, dia kena bagi nafkah tempat tinggal. Selagi dia tak bagi maka rezekinya sempit.

AJAIBNYA setelah pindah, dia dapat kerja yang baik dalam sektor swasta. Pada masa yang sama, saya nasihatkan utamakan juga nafkah kepada saya dan anak-anak.

Alhamdulillah, dia buat. KEAJAIBAN datang lagi. Dia terpanggil untuk temuduga sektor kerajaan.

Dia balik Kedah dengan niat nak jumpa dengan isteri anak-anak. Tak mengharap langsung ada sesi temuduga yang diadakan di Kedah.

Lepas tu, dia cuma pergi temuduga hanya ikut syarat panggilan saja. AJAIBnya lagi ujian temuduga itu lulus dengan mudahnya.

Sampaikan suami tak pecaya perbezaannya dengan temuduga yang awal-awal dulu.

Hanya niat balik untuk lihat anak isteri dan bagi sedikit belanja, Allah turunkan rezeki yang tak terduga.

Allahuakbar, suami berubah dan kata dia akan buat baik dengan isteri dan anak-anak. Rezeki datang dari isteri dan anak-anak juga.

Saya kata itu janji Allah. Kalau ikut betul-betul apa yang Allah suruh, pasti Allah limpahkan rezeki.

Memang benar bagi duit kat Mak Ayah dapat berkat. Tetapi nafkah terhadap anak isteri lebih utama. Tu perintah Allah.

Kesimpulannya, kita kena doa supaya Allah keluarkan kita dari kejahilan dengan bagi kita ilmu, didikan dan hidayah.

Insya Allah, Allah akan tunjuk jalan yang benar dan rezeki akan datang dengan sangat mudah dalam hidup kita.”

Personally, bila I dapat cerita ni, I feel like Masya Allah. Sebab kadang kita nampak sesuatu benda tu remeh, but ia bagi impak besar dalam hidup kita.

Lagi-lagi kalau kita takde ilmu macam mana nak atur rezeki dalam hidup kita. Dan rezeki kita tersekat bukan sebab orang lain, tetapi sebab diri kita sendiri.

Yang cuai, yang silap, yang tak belajar keutamaan rezeki tu letaknya kat mana.

P/s : I nak share jugak andai kata ada fans yang baca dan alami sama situasi seperti di atas, please don’t tag your husband here.

Umi pernah share pasal benda ni. Kata Umi, “jaga adab dengan suami. Kalau suami buat silap dan kita nak tegur dia, share cerita dengan PM dia secara private. Bukan dengan tag dia secara public. Itu mencalarkan maruah dan ego dia sebagai seorang lelaki sebenarnya.

Sebab tu, banyak masa suami tak nak dengar apa yang isteri nak tegur kerana cara kita salah.”

P/s/s : Belajar sesuatu daripada cerita ni?

Leave a Reply

Open chat