SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Amalan Sunat Pagi Aidiladha

Amalan Sunat Pagi Aidiladha

DALAM kita bergembira meraikan Hari Raya Aidiladha, jangan sesekali melanggar batas syariat yang ditetapkan.

Malah, kita disunatkan melakukan beberapa perkara sewaktu pagi Aidiladha itu sendiri.

Apakah amalan sunat yang boleh dilakukan pada pagi Aidiladha?

Antara amalan sunat pada pagi Aidiladha ialah:

1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada ALLAH SWT.

3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

5. Sunat menjamah makan minum selepas pulang dari masjid.

6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

7. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijah hingga waktu Asar 13 Zulhijah, (takbir muqayyad).

8. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.

9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

10. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

11. Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah syarak.

Takbir -Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran ALLAH.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan ALLAH).” (Riwayat al-Tabarani).

– Pada Hari Raya Aidiladha disunatkan bertakbir (takbir muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijah) sehingga waktu Asar pada hari ke-3 tasyriq, iaitu 13 Zulhijah.

(Sumber: Facebook Daie Media Sosial)

Leave a Reply