SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Allah Tidak Tidur, Sabarlah Dengan Perbuatan Orang Terhadap Kita

Allah Tidak Tidur, Sabarlah Dengan Perbuatan Orang Terhadap Kita

Sebenarnya jika orang berlaku jahat pada kita, usah risau & gentar kerana Allah tak diam, Allah tak tidur, Allah tanda semua. Allah tak lupa nak tanda, lebih dari kita tanda tentang orang tersebut. Kita tak perlu paksa dan suruh Allah balas melalui dendam dan doa kita, tanpa “suruh”, “paksa”, “doa” pun pasti pihak yang melakukan keburukan akan menerima karma / kifarah nya. Allah Maha Adil. Janji Allah itu pasti.
.
.
Janganlah kita berdendam sehingga marah dan merosakkan diri sendiri hanya kerana ingin menang apabila dikhianati dan dibuli. Santai sahaja. Pandang ke depan. Jangan ulang tayang kisah menyakitkan hati. Semua akan kembali seimbang kerana hukum alam semesta (sunnatullah) bekerja untuk menyeimbangkan energi. Buruk akan dibalas buruk, baik akan dibalas baik. Itu hukumnya sudah sedia ada walaupun kita tak suruh dan paksa. So, put your sorrow and anger away. Let the energy do their work.
.
.
Lagipun, doa-doa ni lambat dan sukar terangkat jika berdoa dalam level MEMAKSA. Doa terangkat ketika dalam Alpha mode – iaitu otak rehat dalam gelombang lebih rendah, dan kita juga santai & tenang ketika menghantar doa tersebut. Dalam level memaksa, otak sedang aktif. Ketika otak aktif, jasad kita menanggung sakit, emosi juga terlebih-lebih berganda sakit. Ketika dalam alpha ini kita dapat rawat banyak kesakitan dan trauma pada diri.
.
.
Ambil hikmah di atas setiap kejadian. Tulis di atas nota ingatan diri supaya kita tidak lupa pengajaran tersebut, dan dapat mengurangkan/ mengelakkan risiko untuk mengulangi kesilapan yang sama dengan orang yang sama atau orang lain. Ada sebab Allah hantarkan ujian melalui orang-orang tersebut dalam hidup kita. Pandang sudut hikmah dan bawa perubahan lebih baik ke dalam diri kita.
.
.
Peristiwa sama yang berulang juga sebenarnya ada maksud Allah ingin sampaikan kepada diri kita sendiri – supaya kita tingkatkan keimanan dan vibrasi diri kita. “Until you change the way you think, you will awalys recycle the same experience” – belum faham-faham lagi apa Allah nak sampaikan pada kita agaknya. Kerana itu, peristiwa sama berulang dalam hidup kita walaupun bukan dengan orang yang sama. Kerana kita tidak pernah mengambil iktibar, pengajaran dan hikmah untuk perbaiki diri.
.
.
Terlalu penat jadi orang yang negatif. Tiada pilihan melainkan untuk terus kekal positif demi menjaga vibrasi dan aura diri. Sangat letih memenjarakan diri dalam emosi yang kita cipta sendiri. Sangat lemah hanya kerana memikirkan orang yang zalim terhadap diri kita. Tiada untungnya pun. Hanya lebih menyedihkan dan memakan diri. Tiada pilihan lain. Hanya mampu pilih jadi POSITIF dan melihat hikmah di setiap sesuatu kejadian yang hadir. Bersyukurlah kerana Allah sayang kita, Allah pilih kita untuk menaikkan maqam kita di sisi Nya β€οΈπŸ§‘πŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œ
.
.
“AKU LUPA BAGAIMANA UNTUK MERUNGUT
AKU TIDAK PANDAI UNTUK KOMPLEN ATAU MENJAWAB
AKU TIDAK PETAH UNTUK BERBALAH, BERGADUH
AKU SUKAR & LAMBAT NAMPAK NIAT BURUK,
KEKURANGAN & KELEMAHAN ORANG LAIN
BIASANYA AKU YANG TERAKHIR SEDAR
AKU TIDAK MAMPU UNTUK MARAH & BERDENDAM
AKU TIDAK MEMANDANG MASALAH SEBAGAI MASALAH,
NAMUN SEBAGAI CABARAN & PELUANG PERBAIKI DIRI,
DAN SYAITAN ITU WUJUDNYA BUKAN DI LUAR
UNTUK DIPERSALAHKAN DAN DISANDARKAN
SEBAGAI SEBAB UNTUK MEMBELA KHILAF & DHAIF DIRI,
NAMUN SYAITAN ITU DI DALAM DIRI SENDIRI UNTUK DIJINAKKAN”
– Bukan salah Si Syaitan. Hanya kelemahan & kekurangan diri sendiri untuk diperbaiki.

#selfReflection.

Leave a Reply