SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Allah Bersumpah Dengan Hari Arafah

Allah Bersumpah Dengan Hari Arafah

Allah Bersumpah Dengan Hari Arafah
=========
1. Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

{وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ}

“Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj:3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan:

فعن أبي هريرة أن النبي قال: «اليوم الموعود يوم القيامة، واليوم المشهود يوم عرفة، والشاهد يوم الجمعة» (رواه الترمذي وحسنه الألباني)

“Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah.”

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

2. Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya:

ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)

3. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan bahawa mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati orang beriman pada hari ini dan memperkenankan doa mereka.

4. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:

خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

5. Bagi yang mampu berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosa mereka. Sabda Baginda:

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosa tahun terdahulu dan dosa selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Leave a Reply