SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Aku Kontraktor Jujur Tahu Halal Haram

Aku Kontraktor Jujur Tahu Halal Haram

Aku peniaga islam

Nama Aku Azman / manok / Aaron

Aku adalah kontraktor dalam perkhidmatan Bina dan Ubahsuai Rumah
Hanya duduk di kampung kecil di Ledang Johor

Aku terikat dengan HALAL dan HARAM dalam perniagaan… Ada benda yang boleh buat dan ada perkara yang ditegah untuk buat…
Menipu pelanggan bukan pilihan aku… Aku kene jujur dalam berbicara biar perkara itu sukar kadang pelanggan nak terima… Pegangan ku Biar JUJUR sakit… Jangan menipu yang sebenarnya tak kan senang…..
Malah hilang pelanggan dan kawan….. Rezeki diberi bukan untuk ku sorang… Anak, isteri, keluarga, pekerja, tabung masjid, madrasah, anak yatim dan golongan memerlukan….

Aku perlu bermain dalam harga pasaran… Untuk terus kekal bersaing sebagaimana kontraktor bangsa C… Kenapa mereka masih kekal relevan sebab mereka tahu main…
Cuma ape aku selaku peniaga islam perlu buat adalah tidak menekan pelanggan dan wujudkan situasi menang2….
Pelanggan dapat hasil… Kontraktor dapat hasil… dan situasi menang-menang…

Dalam berbicara aku perlu lebih berhemah dan berhemat… Skill ini byk aku perlu baiki… perlu lebih mesra pelanggan dan meramaikan rangkaian dengan peniaga lain… Perlu di ingat jangan membuat musuh.. baiki diri…. Jangan suka kondem hasil kerja orang… Baiki perkhidmatan sendiri tanpa perlu mengkritik kerja orang lain…..

Ini ingatan dan muhasabah bagi diriku…
Jika ianya baik untuk sahabat2
Boleh dipanjangkan untuk sesi baiki diri..
Selamat membaca

Nukilan
Mohd Azman bin Razali

Leave a Reply