SIHAT CERGAS

badan cergas banyak duit

Ahli Parlimen Pas Di Halau Keluar Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pas Di Halau Keluar Dewan Rakyat
Catatan Panas dari Parlimen: Demi Membela Hak Bumiputera, Ahli Parlimen PAS Dihalau Keluar 1. Pada petang tadi, suasana di dalam Dewan Rakyat begitu kecoh dan panas walaupun hujan turun dengan selebatnya di ibu kota Kuala Lumpur. Kemuncak episod kekecohan ini ialah Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar dewan dan digantung selama 2 hari. 2. Apakah punca sebenar kekecohan ini.? YB Pengkalan Chepa dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2018 telah menyuarakan isu nasib kontraktor Bumiputera era Kerajaan PH. Beliau meminta penjelasan Menteri Kewangan mengapa berlakunya perubahan ketara dalam sistem perolehan Kerajaan yang mana Perolehan Kontrak dan Tender telah berubah daripada status kelayakan Penyertaan Kontraktor Bumiputera kepada Penyertaan Terbuka kepada semua ( Termasuk Bukan Bumiputera ) secara agresif tanpa notis dan pekeliling makluman kepada Kementerian / Jabatan. Ini bukanlah cerita fitnah rekaan PAS, ia adalah suara hati kontraktor Bumiputera yang merayu agar nasib mereka dibangkitkan di Parlimen. Pada penghujung ucapan, beliau bertanya adakah ini merupakan agenda DAP yang mendominasi Kerajaan PH untuk menghakis hak Bumiputera.? 3. Ketika sesi penggulungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus menafikan dakwaan yang dibuat oleh YB Pengkalan Chepa. Dia berkata walaupun tender terbuka tetapi masih terhad untuk kalangan kontraktor Bumiputera sahaja. Lantas, YB Pengkalan Chepa bangun memberikan penjelasan bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah tender terbuka ini untuk semua termasuk Kontraktor Bukan Bumiputera. Lim Guan Eng meminta YB Pengkalan Chepa memberikan bukti, “berikan kepada saya, berikan kepada saya”. 4. Namun, amatlah aneh dan hairan sekali kerana Menteri Kewangan tidak langsung memberikan peluang kepada YB Pengkalan Chepa mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan. Dia meminta YB Pengkalan Chepa duduk sahaja mendengar jawapannya dan menulis surat kepadanya nanti. Keadaan ini membuatkan ramai Ahli Parlimen PAS dan UMNO yang bangun mempertikaikan gelagat Menteri DAP ini. Dia minta bukti tetapi dia tidak berani memberikan peluang kepada YB PAS mendedahkan bukti yang diminta. Bak kata YB PAS Tumpat, “takut apa Menteriku..??? 5. Dewan menjadi lebih gamat tatkala YB Pengkalan Chepa berkata dia anak jantan, bukannya pondan seperti YB Bagan (Menteri Kewangan). Sepantas kilat, YB PH yang lain khususnya Lembah Pantai, Puncak Borneo, Jelutong, Rasah dan lain-lain mendesak perkataan Pondan tersebut ditarik balik oleh YB Pengkalan Chepa. YB Pengkalan Chepa merayu dan mendesak agar beliau diberikan peluang untuk mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan. Menteri Kewangan tetap tidak memberikan peluang. Kemuncaknya, YB Pengkalan Chepa diarah keluar dewan oleh Timbalan Speaker kerana enggan menarik-balik perkataan Pondan terhadap YB Bagan. 6. Sebagai tanda protes, seluruh Ahli Parlimen PAS dan BN turut keluar dewan bersama YB Pengkalan Chepa. Rakyat boleh menjadi saksi bagaimana ketakutan DAP apabila agenda belakang tabir mereka cuba didedahkan kepada umum.? Lihat sahaja reaksi dan mimik muka Lim Guan Eng yang dalam begitu emosional ketika diasak teruk oleh Pembangkang petang tadi. Selepas kekecohan itu, Menteri Kewangan pun meneruskan penggulungan syok sendirinya itu kerana tidak ada lagi suara Pembangkang yang bangun mencabar kejantanannya. Bercakaplah seorang diri, puas hati bukan.? 7. Mungkin ada yang bertanya, apakah bukti yang hendak disebut oleh YB Pengkalan Chepa di dalam Dewan tetapi dihalang oleh Menteri DAP itu.? Berikut saya kongsikan tiga bukti yang hendak didedahkan di dalam Dewan Rakyat pada petang tadi; a) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Kawasan Di Empangan Batu Serta Kerja-Kerja Berkaitan b) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Gombak Barrage Dan Sepanjang Lencongan Gombak Serta Perkhidmatan Berkaitan c) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Keroh Barrage, Kolam Jinjang Dan Kolam Benteng Serta Perkhidmatan Berkaitan Kesemua Kenyataan Tawaran tahun 2019 ini dikategorikan sebagai TERBUKA. Ianya berbeza dengan tender tahun 2018 yang dengan secara jelas dan nyata menyebut dalam baris pertama, perenggan pertama Kenyataan Sebut Harga iaitu “sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor”. 8. Apakah isu hak Bumiputera yang disuarakan oleh YB Pengkalan Chepa pada petang tadi adalah rekaan dan fitnah.? Rakyat boleh menilai sendiri dan boleh juga bertanya kepada kontraktor Bumiputera berkenaan nasib mereka setelah PH berkuasa hampir 1 tahun ini, adakah kian terbela atau terpinggir? Rakyat juga boleh menilai adakah DAP ini hanya pandai mencabar tetapi takut apabila tembelang mereka terbongkar. Nota Tambahan: Era PH berkuasa ini, YB Pembangkang sering menjadi mangsa hukuman diarah keluar Dewan oleh Speaker dan Timbalan tetapi YB PH khususnya Jelutong boleh sahaja bebas bercakap merapu seperti sampah di dalam Dewan tanpa dikenakan sebarang tindakan. Tahniah, inilah Reformasi Parlimen Malaysia Baru versi PH. Catatan oleh; Syed Ahmad Fadhli Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS 02 April 2019

Leave a Reply